Saturday, June 2, 2018

Syukur Berjumpa Kalian di Dunia

Okay, ini sambungan entri tentang keadaan kami bila dapat peluang duduk serumah.
Aku ajak Dayah, Fajwa dengan Aisyah. Boleh dikatakan ni kira geng masa Tingkatan 3 lah sebab Aisyah pindah masa Tingkatan 4. Kalau tak nak ajak Furai tapi dia pergi mana ntah. Ntah, aku dah lupakan dia sementara. Hahahahaha

Dayah kena datang petang rumah aku sebab aku minta tolong dia hantarkan aku dekat KTM esoknya. Jadi, nak guna kereta dialah ceritanya. Hihihihi
Tepat 9 pagi, dengan semangatnya aku keluar rumah pergi ambil Aisyah dulu. Selalunya lah kan, aku akan keluar lambat dan jarang aku menepati masa. Hihihi tapi disebabkan masatu tahap keterujaan aku sangat tinggi ditambahkan juga pagi tu aku lapar. Jadi, lepas bangkit Subuh aku terus mandi lepastu siap buat roti telur untuk aku sarapan. Okay, aku berjaya siap awal. Jam 9 aku terus bertolak. Wow! Jarang aku semangat macam tu. Hahahaha

Lepas dah pergi ambil Aisyah, pergi pula ambil Fajwa. Kami bertiga pun bertolaklah pergi Mydin yang dekat dengan rumah Fajwa dulu untuk beli barang masak. Berdasarkan panduan yang diberikan oleh Dayah melalui Whatsapp, kami bertiga pun gigih mencari barang masakan. Kelihatan hampa bila barang yang Dayah suruh beli takda dekat situ. Aku pun kata aku sanggup bawa diaorang lagi pergi dekat Mydin lagi satu pula. Sebenarnya, aku seronok nak keluar juga. Hahahaha sebab dah lama tak keluar dekat Penang tu kan. Acah rindu huhuhuhu.

Masuk Mydin yang kedua pun hmmmm, macam sama jaa. Takpalah, kami ambil jaa barang yang mana ada. Barang lain sikit yang tak dapat, kami minta Dayah tolong belikan. Kami pun teruslah pulang ke rumah. Sepanjang jalan balik tu, topik negara pada hari ini yang kami sembang. Macam wow kan! Hahahaha
Dah sampai rumah, kami solat Asar dulu lepastu baru buat kerja seperti yang diminta oleh Chef Dayah. Lepastu, kami pun mula potong bawang, siang udang, masak nasi dan siapkan bahan lain. Lepastu, baru kami sedar yang kedatangan Dayah nanti hanya masak saja. Hahahahaha kami memang perlu harapkan dia jaa untuk masak. Kalau harap dekat yang lain, hmmm telan jaa laa rasa apapun satgi.

Ketibaan Dayah…. *drum*

Kami sambut dengan penuh gembira sebab laparkan. HahahahaXD. Dayah ni macam mak-mak. Sampai-sampai perghh teruk masak. Okay, calon isteri dia ni. Dayah tunaikan permintaan aku untuk masak spaghetti. Dahlah, dua jenis lagi dia buat. Ya Allah, syukurnya aku dapat kawan macam ni. Macam mana aku tak sayang dia. Macam mana aku tak sayang juga sekalian pembantu yang potong bawang, siang udang, dan masak nasi juga. Hahahaha termasuk juga yang basuh pinggan mangkuk. Ishhh, sayangnya dekat diaorang ni.

Lauk untuk nasi Dayah buatkan Butter Prawn. Semua kami masak dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya dapat makan tiga jenis tu dengan kenyang bukannya terlebih kenyang. Sebenarnya, kami beli juga Maggi pedas tapi hmmm tak sempat makan. Hahahaha tak guna Fajwa, dia salahkan aku balik KL semula awal. Keropok pun kami beli. Akhirnya, makanan itu semua ada dekat rumah aku sekarang. Menyesal tak bawa kolej, tidak masa sekarang lapar nii boleh makan. Sedih kalau cakap pasal makanan dekat kolej. Huhuhuhu tapi takpa kita abaikan cerita sedih makanan ni.

Disiapkan secara bersama 😍
Lepas semua dah selesai makan dan kemas semua, kami pun bentang toto dekat ruang tamu. Semua akal nak tengok TV lepastu tidur terus. Aku dengan semangatnya nak tengok GGV2 nak tengok macam mana Fitri Haris bawa lagu Di Matamu masatu. Fajwa pun dengan gigihnya nak tengok juga Syafiq Kyle dekat TV3. Takpalah, untuk kawan aku mengalah. Hahahahaha GGV2 aku tengok persembahan Fitri Haris jaa. Takpa, dah record nanti tengok balik ya. Kami pun tengoklah TV3 tajuk masatu Isteriku, Cikguku. K nak gelak pun ada. Tengok dekat sofa pula, ehh Aisyah dah tidur. Penat sangat agaknya.

Kami bertiga pun menghayati cerita TV3 tu dengan penuh gelak ketawa sambil mengaitkan diri masing-masing. Serius seronok sangat dapat gelak, cakap kuat-kuat macam tu. Lepastu, dapat bahan member. Rindu weyh nak duduk sembang sekali dekat dalam kelas. Hmmmm nak menangis tahu tak rindu tu. Hahahaha over.

Lepastu, Fajwa kata suara aku kuat laa. Lepastu, aku baru perasan yang aku selalu cakap macam “aku suka tapi tak suka”, “aku nak tapi aku taknak”. Ok itu maknanya, aku pun tak tahu apa aku suka apa yang aku nak. Aku pun baru perasan jaa benda tu walaupun aku rasa banyak kali dah aku cakap macam tu. Hahahahaha
Habis dah cerita tu semua, Aisyah bangkit tidur. Bangkit-bangkit minta tengok persembahan Fitri Haris. Mak cik ni memang lebih kenal nasyid daripada aku. Aku minat pun sejak masuk asrama. Kalau tak, aku tak layan pun lagu nasyid. Syukur Alhamdulillah, duduk asrama dapatlah hayati lagu baik-baik sikit. Tidak duk layan Korea tak sudah aku ni. Hahahahahaha

Habis dah, sambung lagi tengok TV yang aku record semalamnya. Tengok Hero Remaja 2017 pula. Punca dia memang sebab Ikmal Amry laa aku record cerita tu. Aku jujur laa ni. Kalau tak, aku tak pernah layan pun cerita Hero Remaja. Hahahaha
Aku baru tahu yang Fajwa memang layan pun cerita tu. Wow, dalam diam rupanya Fajwa. Dia siap kenalkan dekat aku Nabil yang dalam Hero Remaja tu lagi. Dia siap bagitau ig lagi. Lepastu, semua pun tidurlah sebab esok nak kena bangkit awal. Train aku jam 7.40 pagi. Ok semua tak puas hati sebab kena bangkit awal hantar aku. Hahahahaha

Alhamdulillah, aku kan memang semangat daripada awal hari balik sebab plan aku dah nak sampai kemuncak. 5.30 pagi tu aku gigih bangun, buka mata, dan terus bersiap. Lepastu, telefon Fajwa daripada atas suruh depa bangun solat dan bersiap untuk hantar aku.

6.30 pagi mulalah kami bertolak ke KTM. Terima kasih Dayah sanggup untuk tolong hantarkan aku. Lagi bersyukur, tiga orang ni sanggup tunggu aku sampailah masa aku kena pergi dekat platform train tu. Masatu, aku sedih sangatlah sebab nak berpisah. Masatu jaa laa kan. Hahahahaha
7.30 pagi, aku dah kena gerak pergi platform. Kami pun berpisah. K sila menangis.

Pengakhiran cerita dia, ni nak buat teks penghargaan. Hahahahaha
Terima kasih Dayah, Fajwa dan Aisyah sebab sudi luangkan masa untuk gembirakan aku. Terima kasih sebab terima pelawaan aku untuk tunaikan impian aku. Terima kasih untuk semualah. Aku sayang ampa. K sudah. Cukup sampai disini. Hahahaha

Terima kasih jugalah atas sedikit keluaran wang anda untuk kita bersama. Hahahaha semoga kalian terus dimurahkan rezeki. Iloveyou :*
Assalammualaikum sahabat J *Next entry: Meet & Greet GantungTheSeries