Okay, ini sambungan entri tentang keadaan
kami bila dapat peluang duduk serumah.
Aku ajak Dayah, Fajwa dengan Aisyah.
Boleh dikatakan ni kira geng masa Tingkatan 3 lah sebab Aisyah pindah masa
Tingkatan 4. Kalau tak nak ajak Furai tapi dia pergi mana ntah. Ntah, aku dah
lupakan dia sementara. Hahahahaha
Dayah kena datang petang rumah aku
sebab aku minta tolong dia hantarkan aku dekat KTM esoknya. Jadi, nak guna
kereta dialah ceritanya. Hihihihi
Tepat 9 pagi, dengan semangatnya aku
keluar rumah pergi ambil Aisyah dulu. Selalunya lah kan, aku akan keluar lambat
dan jarang aku menepati masa. Hihihi tapi disebabkan masatu tahap keterujaan
aku sangat tinggi ditambahkan juga pagi tu aku lapar. Jadi, lepas bangkit Subuh
aku terus mandi lepastu siap buat roti telur untuk aku sarapan. Okay, aku berjaya
siap awal. Jam 9 aku terus bertolak. Wow! Jarang aku semangat macam tu.
Hahahaha
Lepas dah pergi ambil Aisyah, pergi
pula ambil Fajwa. Kami bertiga pun bertolaklah pergi Mydin yang dekat dengan
rumah Fajwa dulu untuk beli barang masak. Berdasarkan panduan yang diberikan
oleh Dayah melalui Whatsapp, kami bertiga pun gigih mencari barang masakan.
Kelihatan hampa bila barang yang Dayah suruh beli takda dekat situ. Aku pun
kata aku sanggup bawa diaorang lagi pergi dekat Mydin lagi satu pula.
Sebenarnya, aku seronok nak keluar juga. Hahahaha sebab dah lama tak keluar
dekat Penang tu kan. Acah rindu huhuhuhu.
Masuk Mydin yang kedua pun hmmmm,
macam sama jaa. Takpalah, kami ambil jaa barang yang mana ada. Barang lain
sikit yang tak dapat, kami minta Dayah tolong belikan. Kami pun teruslah pulang
ke rumah. Sepanjang jalan balik tu, topik negara pada hari ini yang kami
sembang. Macam wow kan! Hahahaha
Dah sampai rumah, kami solat Asar
dulu lepastu baru buat kerja seperti yang diminta oleh Chef Dayah. Lepastu,
kami pun mula potong bawang, siang udang, masak nasi dan siapkan bahan lain.
Lepastu, baru kami sedar yang kedatangan Dayah nanti hanya masak saja.
Hahahahaha kami memang perlu harapkan dia jaa untuk masak. Kalau harap dekat
yang lain, hmmm telan jaa laa rasa apapun satgi.
Ketibaan Dayah…. *drum*
Kami sambut dengan penuh gembira
sebab laparkan. HahahahaXD. Dayah ni macam mak-mak. Sampai-sampai perghh teruk
masak. Okay, calon isteri dia ni. Dayah tunaikan permintaan aku untuk masak
spaghetti. Dahlah, dua jenis lagi dia buat. Ya Allah, syukurnya aku dapat kawan
macam ni. Macam mana aku tak sayang dia. Macam mana aku tak sayang juga
sekalian pembantu yang potong bawang, siang udang, dan masak nasi juga.
Hahahaha termasuk juga yang basuh pinggan mangkuk. Ishhh, sayangnya dekat
diaorang ni.
Lauk untuk nasi Dayah buatkan Butter
Prawn. Semua kami masak dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya dapat makan
tiga jenis tu dengan kenyang bukannya terlebih kenyang. Sebenarnya, kami beli
juga Maggi pedas tapi hmmm tak sempat makan. Hahahaha tak guna Fajwa, dia
salahkan aku balik KL semula awal. Keropok pun kami beli. Akhirnya, makanan itu
semua ada dekat rumah aku sekarang. Menyesal tak bawa kolej, tidak masa
sekarang lapar nii boleh makan. Sedih kalau cakap pasal makanan dekat kolej.
Huhuhuhu tapi takpa kita abaikan cerita sedih makanan ni.
Lepas semua dah selesai makan dan
kemas semua, kami pun bentang toto dekat ruang tamu. Semua akal nak tengok TV
lepastu tidur terus. Aku dengan semangatnya nak tengok GGV2 nak tengok macam
mana Fitri Haris bawa lagu Di Matamu masatu. Fajwa pun dengan gigihnya nak
tengok juga Syafiq Kyle dekat TV3. Takpalah, untuk kawan aku mengalah.
Hahahahaha GGV2 aku tengok persembahan Fitri Haris jaa. Takpa, dah record nanti
tengok balik ya. Kami pun tengoklah TV3 tajuk masatu Isteriku, Cikguku. K nak
gelak pun ada. Tengok dekat sofa pula, ehh Aisyah dah tidur. Penat sangat
agaknya.
Disiapkan secara bersama 😍 |
Kami bertiga pun menghayati cerita
TV3 tu dengan penuh gelak ketawa sambil mengaitkan diri masing-masing. Serius
seronok sangat dapat gelak, cakap kuat-kuat macam tu. Lepastu, dapat bahan
member. Rindu weyh nak duduk sembang sekali dekat dalam kelas. Hmmmm nak
menangis tahu tak rindu tu. Hahahaha over.
Lepastu, Fajwa kata suara aku kuat
laa. Lepastu, aku baru perasan yang aku selalu cakap macam “aku suka tapi tak
suka”, “aku nak tapi aku taknak”. Ok itu maknanya, aku pun tak tahu apa aku
suka apa yang aku nak. Aku pun baru perasan jaa benda tu walaupun aku rasa
banyak kali dah aku cakap macam tu. Hahahahaha
Habis dah cerita tu semua, Aisyah
bangkit tidur. Bangkit-bangkit minta tengok persembahan Fitri Haris. Mak cik ni
memang lebih kenal nasyid daripada aku. Aku minat pun sejak masuk asrama. Kalau
tak, aku tak layan pun lagu nasyid. Syukur Alhamdulillah, duduk asrama dapatlah
hayati lagu baik-baik sikit. Tidak duk layan Korea tak sudah aku ni.
Hahahahahaha
Habis dah, sambung lagi tengok TV
yang aku record semalamnya. Tengok Hero Remaja 2017 pula. Punca dia memang
sebab Ikmal Amry laa aku record cerita tu. Aku jujur laa ni. Kalau tak, aku tak
pernah layan pun cerita Hero Remaja. Hahahaha
Aku baru tahu yang Fajwa memang
layan pun cerita tu. Wow, dalam diam rupanya Fajwa. Dia siap kenalkan dekat aku
Nabil yang dalam Hero Remaja tu lagi. Dia siap bagitau ig lagi. Lepastu, semua
pun tidurlah sebab esok nak kena bangkit awal. Train aku jam 7.40 pagi. Ok
semua tak puas hati sebab kena bangkit awal hantar aku. Hahahahaha
Alhamdulillah, aku kan memang
semangat daripada awal hari balik sebab plan aku dah nak sampai kemuncak. 5.30
pagi tu aku gigih bangun, buka mata, dan terus bersiap. Lepastu, telefon Fajwa
daripada atas suruh depa bangun solat dan bersiap untuk hantar aku.
6.30 pagi mulalah kami bertolak ke
KTM. Terima kasih Dayah sanggup untuk tolong hantarkan aku. Lagi bersyukur,
tiga orang ni sanggup tunggu aku sampailah masa aku kena pergi dekat platform
train tu. Masatu, aku sedih sangatlah sebab nak berpisah. Masatu jaa laa kan.
Hahahahaha
7.30 pagi, aku dah kena gerak pergi
platform. Kami pun berpisah. K sila menangis.
Pengakhiran cerita dia, ni nak buat
teks penghargaan. Hahahahaha
Terima kasih Dayah, Fajwa dan Aisyah
sebab sudi luangkan masa untuk gembirakan aku. Terima kasih sebab terima
pelawaan aku untuk tunaikan impian aku. Terima kasih untuk semualah. Aku sayang
ampa. K sudah. Cukup sampai disini. Hahahaha
Terima kasih jugalah atas sedikit
keluaran wang anda untuk kita bersama. Hahahaha semoga kalian terus dimurahkan
rezeki. Iloveyou :*
Assalammualaikum
sahabat J *Next
entry: Meet & Greet GantungTheSeries
No comments :
Post a Comment