Assalammualaikum *wink*
Kalau ingatlah entri yang lepas. Ya, memang lama sangat kaitan entri lepas dengan entri yang ni. Sebenarnya, aku nak cerita benda lain tapi lepas aku semak entri-entri aku, rupa-rupaya banyak juga aku berhutang cerita 😅 Jadi, aku ceritalah pengalaman aku bekerja dekat kilang dulu. Hehehe
Pada tarikh bila yeee 😂 Aku pun dah lupa sebab cerita tahun lepas kan. Apa yang pasti, bulan Februari. Aku mula masuk kerja dekat kilang. Sebelum tu aku dah cerita dekat entri lepas yang aku bekerja dekat sebual bengkel kereta. Ini entri khas keadaan aku waktu bekerja dekat kilang.
Kali pertama aku masuk kerja, ye memang penat sangat kena berdiri dalam 12 jam 😠Disebabkan ada kawan-kawan aku yang sama kerja dekat situ jadi, aku bertahanlah. Kebetulan aku dapat satu kawasan dengan Izzah dan Aisyah jadi, kadang aku pergilah buat kerja dekat line diaorang juga. Tipulah kalau cakap tak sembang sikit, adalaa sembang sikit. Kalau kerja jaa, penat dia terasa juga. Waktu rehat kami kadang sama kadang tak tapi aku ok jaa. Selain diaorang kawan-kawan sekolah aku dekat kilang, dalam minggu tu juga adalaa orang baru masuk lagi dan diaorang masuk dekat line aku. Jadi, kira kawan-kawan baru aku juga laa. Bila rehat, aku rehatlah sekali dengan kawan-kawan line aku ni.
Apa yang aku nak cerita ialah apa yang aku nampak kehidupan manusia bila kerja dekat kilang ni. Ramai yang mencari rezeki disebabkan banyak benda. Benda tu yang buat aku berfikir dan sebagai motivasi aku. Bila aku kerja kilang, aku sendiri rasa dan tahu macam mana ibu dengan ayah bekerja. Kenapa ibu masih kerja kilang sampai sekarang. Kenapa ayah akhirnya buat keputusan untuk bekerja sendiri. Begitu juga dengan cerita orang-orang lain.
Aku kerja kilang selama 1 bulan setengah jee kot mungkin. Ada sebab kenapa aku berhenti selain daripada memang penat jugaklah nak bangun pagi lepastu berdiri 12 jam 😂 Nanti aku ceritakan sebabnya.
Aku mulakan dengan pengalaman aku kerja kilang. Aku belajar yang warga asing memang bersungguh-sungguh kerja dekat kilang ni untuk sara hidup keluarga depa dekat sana. Aku nampak depa kerja memang bersungguh dan kebanyakkannya memang tak bermainlah. Bila aku sembang dengan depa kadang aku rasa terharu. Kerja diaorang memang semata-mata kerja kadang tak sempat pun nak rehat. Pagi pergi kerja, balik masak. Pagi bangun awal masak untuk bawa pergi kerja. Kebanyakkan diaorang bawa bekal untuk jimat duit kan. Malam saja masa diaorang buat video call dengan ahli keluarga. Aku terharu weyh 😠Bila ada OT, diaorang bersemangat nak buat OT untuk kumpul duit. Weyh, aku rasa aku jadi dapat tahu macam mana susahnya nak kumpul duit tu.
Yang kedua pulak, aku jumpa dengan kakak ni (tak payahlah dinyatakan namanya). Dia kahwin masa umur dia muda laa (tak ingat dah berapa) dan ada anak kembar dah laa masatu. Lepastu, dia berfikir nak tukar kerja tapi tak boleh lagi sebab dia kata dia dah nak kena fikir untuk belanja anak-anak dia nanti. Dia kata bagi kita orang mungkin raya tu lambat lagi tapi bagi dia raya tu dah nak dekat. Dia dah nak kena fikir persiapan untuk anak dia semua. Sekali lagi, aku terharu. Ibu sentiasa nak yang terbaik untuk anak dia 😊
Ada sorang kakak ni juga dia tua setahun daripada aku tapi bagi aku fikiran dia sangat matang. Dia ni banyak cerita dekat aku tentang pengalaman dia laa. Aku suka kawan dengan kakak ni dan dia pun sporting. Aku sentiasa doakan semoga akak ni dalam keadaan yang baik dan terus ke arah kebaikan.
Lepastu, aku jumpa lagi mereka yang lepas SPM bekerja. Bagi aku, benda tu takda masalah. Benda tu baik sebab dia bekerja, cari rezeki untuk diri dia dan ahli keluarga dia. Mungkin ada sebab kenapa dia tak sambung belajar. Bagi aku baik dia bekerja daripada tak buat apa. Bila dia dah bekerja banyak, banyak pengalaman dia dapat. In Shaa Allah, pada masa hadapan mungkin ada rezeki yang boleh buat dia lagi maju ke hadapan. Apa yang penting, banggakan ibu ayah walau apa cara sekalipun.
Kepada yang sambung belajar, tahniah dan manfaatkan apa yang anda dah dapat. Ini pesanan buat aku juga. Anda seharusnya bersyukur masa anda sambung belajar sebab bagi aku laa masa bekerja memang sangat mencabar. Nikmatilah saat-saat suka duka belajar sebab bila nanti makin besar makin banyak kena fikir. Aku berkata lepas aku lihat saudara-mara aku dan ahli keluarga aku sendiri. Semua kena kuat untuk mencari rezeki untuk sara hidup. Sementara yang tengah belajar ni, belajar elok-elok dan banggakan ahli keluarga. Habis belajar, bekerja dan balas balik jasa ibu ayah. Ini semua pesanan untuk diri aku juga. Masa belajar juga laa masa yang seronok ketawa riang dengan kawan-kawan walaupun kadang ada masalah kawan tu biasalah. Hargailah 😊
Alasan kenapa aku berhenti ?
Salah satunya aku rasa masatu cukuplah gaji yang aku dah dapat. Hakikatnya, tak cukup dah weyh lepas aku guna 😄 Tapi takpaa laa, boleh cari nanti. Hahahaha
Aku sebagai pelajar asrama dulu jadi, masa cuti lepas SPM tu laa aku rasa masa untuk aku tolong ibu aku dekat rumah. Masa aku kerja bengkel dulu, sempat lagilaa aku nak buat apa-apa tapi bila aku dah kerja kilang uishhh terasa penatnya. Hahahahaha
Ibu dengan ayah aku kerja dan aku sorang. Jadi, apa yang aku nak buat lepas SPM ialah banyak benda yang boleh puaskan hati aku. Cukuplah aku dah bekerja dua tempat lepas SPM sebagai pengalaman bekerja sementara aku. Aku kena gunakan masa untuk tolong ibu ayah juga walaupun yee kadang aku ni malas juga tapi kena juga paksa diri.
Masa aku kerja kilang, masa aku dekat rumah sangat sekejap dan aku memang tak sempat nak buat apa sangat. Pagi bangun dah terus pergi kerja. Balik dah malam. Sampai-sampai terus makan lepastu mandi dan tidur. Telefon pun pegang sekejap jaa. Ibu kerja kadang 3/4 hari memang jadual kilang ibu macamtu. Tiba-tiba, masatu aku sedar macam tetaplah ibu yang kena buat kerja semua. Jadi, lepas sebulan setengah kerja, aku rasa takpaa laa Iqin berhenti. Kalau hang tak berjasa dekat keluarga masa lepas SPM ni, bila lagi. Nanti hang nak sambung belajar lagi, duduk jauh. Jadi, cukup setakat tu. Itu fikiran aku sebab ibu dan ayah aku bekerja. Pendapat orang lain, aku tak tahu.
Kerja aku dekat rumah sikit jee pun sebenarnya memandangkan aku sorang tapi memandangkan aku sorang aku laa yang bertanggungjawab untuk mengurangkan beban. Aku kena buat kerja rumah. Masa aku duduk asrama dulu, semua ibu buat jadi, aku kena laa buat pula.
Ada lagi beberapa sebab yang aku tak cerita tapi adalaa orang aku dah pernah cerita sebabnya. Ini beberapa pendapat aku laa. Apapun, aku puas hati dengan semua yang aku buat lepas SPM. Niat aku nak siapkan bilik berjaya walaupun sampai sekarang ada lagi tak siap 😂 Aku nak kerja pun aku berjaya. Aku nak tolong ibu pun berjaya. Aku nak bercuti dengan kawan-kawan pun berjaya. Nak tengok drama pun berjaya. Jadi, aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku buat lepas SPM.
Sekian saja cerita lepas SPM daripada aku 😊
Kepada yang lepas SPM nanti bolehlah cuba kerangka nak buat apa. Hihihihihi
SEMOGA BERJAYA BUAT ANDA SEMUA 💕
No comments :
Post a Comment