Tuesday, December 4, 2018

Aku Turun Stadium !

Assalammualaikum Team Malaysia 💖
Nampak, bagi salam pun 😏

Kali ni nak cerita tentang hasrat dari tahun 2010 yang akhirnya tertunai. Wahhhh, sangat seronok 🎉
Sebenarnya, aku rasa dulu aku pernah cerita dalam blog ni yang aku nak sangat pergi stadium tapi entri yang lama semua aku padam haritu. Silaplah pergi padam patutnya aku archieve. Aduhhhh hahahahaha tapi takpa laaa. Kita cerita tentang hasrat yang akhirnya berjaya ni.

Kalau ikutkan memang ya ada sebelum ni aku dah pergi stadium masatu pun aku teruja tapi sebelum ni aku pergi bukan yang pasukan utama Malaysia. Kali pertama pergi masa Penang FA lawan Perak dekat Stadium Batu Kawan. Masatu ayah ajak, aku apa lagi setuju laa dah memang aku teringin tapi tetap masatu aku simpan lagi hasrat nak tengok pasukan utama.

Kali kedua pula aku pergi lagi masa AFC U16 dekat Stadium Bukit Jalil. Masa ni aku pergi dengan Aini dan Zulfa. Tetaplah kali kedua bukan pasukan utama tapi aku tetap seronok dan perasaan berkobar-kobar teruja tu memang ada. Masani aku pergi U16 Malaysia kalah 3-2 kalau tak silap aku dengan Thailand. Aku semak balik igs taip syukur ada 2 gol maknanya betullah kot skor 3-2 tu, aku pun dah lupa skor. Apa yang aku ingat seronok sokong diaorang dan lepas habis perlawanan nyanyi lagu Negaraku dan viking clap tu PALING AKU SUKA ! Hahahahaha

Itu cerita pergi stadium tengok bola laa. Kalau betul-betul pertama kali pergi stadium ada laa juga masa sekolah dulu untuk apa-apa acara. Kalau ikut pertama kali masuk Stadium Bukit Jalil pula masa Upacara Pembukaan Sukan SEA 2017. Masatu pun memang gempak, memang teruja ahhh aku memang suka pergi stadium. Kedua, masa Upacara Penutupan ParaAsean 2017 masani Yuna buat persembahan.

Akhirnya, pada tanggal *aiceyhhhh* 12 November 2018 aku pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan pasukan utama Malaysia menentang Laos Piala AFF Suzuki 2018 🎉 Ni nak cerita macam mana perjalanan nak pergi tu.

Aku tahu maklumat benda ni dalam awal 2 minggu atau seminggu sebelum perlawanan kalau tak silap. Ikutkan sebelum tu ada lagi perlawanan persahabatan Malaysia dekat SNBJ tapi aku tak dapat pergi sebab cuti nak kena balik rumah. Jadi, aku pun fikir aku kena pergi juga sekali perlawanan Malaysia ni sebab aku teringin sangat. Aku kalau tak dapat nanti emosi tak tenang lepastu, baca buku pun teringat. Masatu, nak peperiksaan akhir laa juga jadi, aku tak boleh emosi aku terganggu niii *ceyhh, alasan*

Seminggu duduk rumah aku fikir macam mana nak pergi SNBJ ni. Siapa nak teman ? Mula memang dah rancang dengan Tasya nak pergi. Seminggu weyh aku rancang bila nak balik IB semua. Macam mana kalau malam tu lewat. Aku sedar aku ni perempuan jadi, banyak benda kena jaga. Dalam seronok, aku kena jaga keselamatan aku. Fikir punya fikir sampai akhir aku memang balik awal sehari dari tarikh perlawanan dekat KL cuma sehari awal tu dekat Kota Kemuning. Akhirnya, lepas fikir aku cakap dekat Tasya takpa laa Tasya kita takyah pergi sebab perihal keselamatan, tiket dekat Al-Ikhsan dah habis dan sebab Tasya takda jersi. Hahahahaha

Aku memang pasrah dan masatu tapi aku fikir takpa nanti masa lawan Myanmar aku pergi. Aku tetap nak pilih salah satu perlawanan untuk aku pergi. Lawan Myanmar nanti tu hari dia jatuh pada hari Sabtu jadi, aku kena minta kepastian dulu ada orang boleh teman aku tak. Aku pun mula ws Kak Mira, sepupu aku. Sekali dapat tahu yang Kak Mira tengah bercuti masatu sebab nanti nak tukar tempat kerja tapi aku tetap tak buat keputusan nak pergi lagi masa tarikh 12/11 tu.

Dalam perjalanan nak balik IB naik KTM, aku masih fikir dan fikir. Sampai-sampai IB, tiba-tiba aku tengok kad residen semua takda. Aku pun sedih juga laa sikit tapi aku buat biasa jaa. Masatu, aku balik nak servis kereta sama. Jadi, aku terus ambil kereta dan pergi servis ditemani roommate. Tiba-tiba, aku terfikir nak pergi sebab sedih kan *alasan lagi* hahahhahaha. Roommate kata kalau nak jom jee laa pergi tengok SNBJ. Aku dah dia okey aku pun bawa pergi SNBJ nak tengok kot ada lagi tiket. Sekali tengok memang beratur pun tak panjang dan dapat tiket senang-senang jaa. Aku pun beli terus. Hahahaaha lepastu, telefon Tasya boleh tak ni sebab aku ubah rancangan minit akhir. Tasya okay takpa. Kira malam tu aku balik rumah sepupu aku laaa.

Mulanya, aku nekad nak pergi 12/11 sebab masatu hari Isnin jadi, tak ramai. Ehhh tiba-tiba dah pergi ketagih lagi nak pergi 😹 Jadi, 24 November 2018 perlawanan Malaysia menentang Myanmar aku pergi lagi ! Hahahahahahaha kira merasa laa aku suasana masa ramai tapi tak fullhouse dan masa ramai hampir fullhouse. Hehehehehe Syukur masatu penentuan yang melayakkan Malaysia ke separuh akhir.

Untuk sepatuh akhir 1, aku tak dapat pergi sebab dah ada dekat rumah. Apapun, aku berharap Malaysia layak ke Perlawanan Akhir dan aku berharap aku dapat turun stadium lagi ! Hehehe

Oleh itu, pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua malam ini menentang Thailand di Stadium Rajamangala aku berharap MALAYSIA MENANG DAN LAYAK KE PERINGKAT AKHIR 🎉
#TaklukRajamangala

Untuk Perlawanan Separuh Akhir Kedua ni aku tengok ramai penyokong Malaysia yang pergi ke Stadium Rajamangala bagi memberikan sokongan. Seronok weyh tengok masing-masing gigih dengan cara masing-masing. Ada yang naik bas, kereta api, kereta, motosikal dan kapal terbang. Korang terbaik ahhhhh 🎉Aku selalu cari maklumat diaorang ni dekat mana sekarang melalui hashtag dan akaun-akaun tertentu. Ada yang menghadapi ujian biasalaa perjalanan jauh kan tapi In Shaa Allah pengalaman tu yang berharga. Semoga malam ini kejayaan milik kita, MALAYSIA 💖

Seronoklah korang kalau malam ni menang. Memang akan menjadi kenangan indah terus dan tak sabar nak tengok trip awayday korang nanti pulak kalau layak masuk Akhir. Aminnnn... Semoga berjaya malam ni, MALAYSIA 😘

No comments :