Saturday, December 15, 2018

Kita #TaklukAsiaTenggara !

Assalammualaikum rakyat Malaysia *yeye macam semua orang baca hahahahaha*

Entri yang lepas aku ada kata sambil berdoa laa juga kan supaya Malaysia layak masuk perlawanan akhir. Semestinya doa aku itu agar kita sama-sama dapat merasa kejayaan itu tapi dalam masa yang sama aku berharap agar aku dapat kembali turun stadium sebab tu aku berdoa sangat Malaysia layak masuk perlawanan akhir dan seterusnya menjulang Piala AFF Suzuki 2018 In Shaa Allah Amin.... Malam ini keputusannya. Hehehe

Kiranya, doa aku masa entri lepas agar Malaysia berjaya ke perlawanan akhir itu berjaya. Tahniah !
Seterusnya, mestilah misi aku nak kembali turun ke stadium. Ya, buat kali yang terakhir perlawanan di tempat sendiri aku gigih nak pergi. Hahahahaha. Dah alang-alang aku turun dari lawan Laos timbul satu perasaan yang aku perlu habiskan perjuangan ini. Aiceyhhh walaupun masa separuh akhir tak dapat pergi sebab baru jaa balik rumah takkan nak patah balik KL. Itu yang berharap masuk perlawanan akhir supaya aku dapat pergi semula. Hehehehe

Cerita kegigihan bermula pada hari Jumaat (7/12/2018). Masatu hari pertama jualan secara dalam talian dijalankan. Malam sebelum tu aku tak boleh nak tidur nyenyak juga laa memikirkan macam mana nak berebut masuk dalam talian tu dengan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain. 

Jam 8.30 pagi, aku pun dah sedia ok buka laman web tu nak beli. Katanya buka jam 9 pagi, alih-alih aku buka jam 8.37 pagi macam tu tengok-tengok dah ada. Aku cuba laa beli sampai dekat bahagian bayaran. Tiba-tiba, Maybank reject aku weyhhhh. Lepastu, terus sold out. Weyh, serius rasa nak menangis masatu. Lepastu, cuba pula nak buat guna laptop. Sama jaa lambat. Aku pun shut down pula laptop. Cuba lagi guna fon buat dekat bawah pula.

Ke mana-mana aku gerak dalam rumah masatu, aku bawa fon dengan kad kredit aku. Hahahahahaha
Aku cuba lagi dan lagi. Dalam 9.30 pagi macam tu kot, jualan tu buka balik. Aku cuba lagi sampai bahagian bayaran dan akhirnya kena reject dengan BSN pula. Weyhhh, masatu memang dah broken sangat dah. Aku baca pula kat twitter dah dua orang kawan aku berjaya dan sorang lagi orang aku kenal kat twitter jaa berjaya beli. Aku macam "emmm kenapa aku tak dapat lagi ni". Ayah balik rumah masatu. Aku cakap laa "Ayah, dah habis *nada sedih*". Ayah kata takpa laa kalau ada rezeki beli, kalau takda tengok tv jee laa. Aku masih lagi tak boleh terima kenyataan yang tak dapat beli tu. Hahahahahaha

Aku cuba lagi dan lagi. Dalam 10 pagi, aku tengok-tengok ada lagi buka jualan. Aku masuk isi semua sampai bahagian bayaran. Kalini aku berjaya sampai ke peringkat TAC dah weyhhh. Tiba-tiba, masatu juga laa servis kereta nak telefon. Dia nak survey aku masatu pasal servis. Aku pun "ahhh saya busy laa sekarang". Weyhhh, padahal aku sibuk tengan tiket. Hahahahahaha
Syukur lepas letak call tu, TAC tu tak habis masa lagi. Akhirnya !!!!!! Aku sempat beli 3 tiket untuk ibu, ayah dan aku. ALHAMDULILLAH *nak nangis* Hahahahahaha

Maka, bermulalah perancangan aku dan ayah macam mana nak bertolak dari sini sampai ke KL sana. Sesungguhnya, sangat indah dua hari di sana. Hahahahahaha

Satu pengalaman paling berharga masa dekat stadium haritu yang aku sangat-sangat terharu. Masa kita ketinggalan 2 gol. Lepastu, satu stadium bergema menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita". Ya Allah, masatu air mata aku memang nak mengalir dah sebab terharu sangat. Akhirnya, minit 36 kalau tak salah, Malaysia berjaya meledakkan satu gol. Kemudian, pada separuh masa kedua lagi satu gol berjaya diledakkan. KITA BUAT COMEBACK GUYSSS !!!! Syukur

Okay seterusnya, aku taknak laa cerita selanjutnya dekat sana dalam ni sebab nanti jadi gedik semacam. Hahahaha 
Jadi, biarlah aku tulis ke video ke apa ke dan simpan buat aku. Hahahahaha

Kiranya, 11 Disember 2018 aku berjaya menyokong pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil ! Alhamdulillah syukur boleh dikatakan hampir semua angan-angan aku masa darjah 5/6 dulu akhirnya jadi kenyataan pada tahun 2018. Jadi, kepada anda semua yang berangan In Shaa Allah suatu hari nanti impian anda akan tercapai cuma mungkin masanya belum tiba sekarang. Bila tiba saat kejadian akhirnya impian tercapai setelah penantian yang lama, rasa dia sangat berharga. Rasa syukur kepada Ilahi sangat-sangat. 

Akhir kata, malam ini sekali lagi Malaysia akan berlawan pada Perlawanan Akhir Kedua di Hanoi. Jadi, semoga Malaysia berjaya menjulang Pialan AFF Suzuki 2018 dan sekaligus membawa pulang piala tersebut ke negara Malaysia. BERJUANGLAH PAHLAWANKU !!!!!

Bermainlah denga bersungguh-sungguh. Demi lencana di dada. Buktikan kepada semua anda akan menjadi JUARA ! 

Satu lagi minta sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Nisa (kawan Dayah) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya (dilanggar oleh pemandu yang mabuk) selepas menyaksikan perlawanan haritu di stadium. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan. Amin.... Terdapat juga dua orang lagi rakannya yang mengalami kecederaan didoakan agar cepat sembuh.  
2018 ! I made it !


No comments :