Tuesday, December 31, 2019

Akan Datang, 2020!!!

Assalammualaikum 😀


Lagi beberapa jam akan masuk tahun baru, 2020!!!
Dah azam 2020 belum? Aku? Azam tahun 2019 pun aku tak pasti apa dia 😅 Baiklah, untuk tahun 2020 ni aku rasa aku perlulah ada azam sebab dah makin tua kan takkan tak nak ada kemajuan dalam diri. Sampai bila nak sama jaa aicewahhh.

Entri kalini ialah sekadar sembang santai nak masuk 2020. Aku takda isi nak taip apa sangat cuma nak luahkan jaa laa apa-apa. Entri kalini juga aku takkan kongsi dekat laman sosial yang lain seperti Twitter dan igs. Entri ni kalau orang baca, bacalah. Kalau tak, aku jaa laa yang baca sampai tahun depan dan tahun-tahun mendatang. Hahahahahah sedih 😅

Tahun 2020, umur aku 21 😱 Ok umur korang berapa tahun 2020? Hahahahaha Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini dan terus melakukan perubahan diri ke arah kebaikan. Tahun 2019, aku rasa macam pada penghujung tahun mungkin aku baru dapat kesedaran. Tak tahu laa sepanjang 2019 tu apa yang aku buat. Hmmmm sejujurnya, aku rasa 2018 aku lebih baik berbanding 2019 tapi syukur kesedaran tu ada pada penghujung tahun 2019. Jadi, dapatlah aku berfikir azam 2020 ni. 

Nak cerita tentang azam aku 2020 ni aku rasa aku kena rahsiakan sebab perkara peribadi aku. Ada benda yang aku boleh nak kongsi tapi ada benda yang perlu dirahsiakan. Jadi, aku berdoa jaa laa secara umum untuk semua.

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2019. Yang mana baik kita teruskan, yang mana tidak kita jadikan sempadan dan pengajaran. Moga-moga kita menjadi lebih baik pada tahun akan datang. Keduanya, saya berdoa buat anda semua dan saya agar tahun 2020 ni kita sama-sama perbaiki diri sama ada untuk kehidupan, akhirat, pendidikan, kerjaya, akhlak antara manusia dan sebagainya. Moga tahun 2020 ini menjadi tahun yang bermakna buat kita semua. Lagi beberapa jam kita akan mula mencipta kenangan yang baru. Semoga kita mulakan tahun baru kita dengan permulaan yang baik dan berkesudahan dengan baik.

Di kesempatan ini juga, walaupun saya tak pasti orang akan membacanya atau tidak tapi bagi yang membaca, saya memohon maaf andai ada melakukan kesalahan sama ada saya sedar ataupun tidak sedar. Harap kita mulakan tahun 2020 ini dengan saling bermaafan agar kehidupan kita juga tenang. Saya doakan kita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan sama ada melibatkan orang lain atau dugaan terhadap diri kita sendiri.

Akhir kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2020 🎆

No comments :