Monday, January 15, 2018

Keindahan Selepas SPM

Assalammualaikum 😃
Memandangkan aku bakal bergelar seorang guru bahasa Melayu, In Shaa Allah doakan bersama. Maka, entri kali ini aku cabar diri aku untuk menaip sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Nampak macam mudah tapi sebenarnya menaip sepenuhnya bahasa Melayu tanpa bahasa Inggeris bukan suatu yang mudah tambahan lagi bila tak nak menjadikan ayat itu terlalu formal sebab ini penulisan yang bersahaja bukannya jawapan karangan 🤣

Baiklah, kita teruskan dengan tajuk yang ingin diceritakan ya 😉

Sebenarnya, baru ada masa ya nak cerita apa yang indah sangat aku buat masa lepas SPM. Emmm, baru ada masa laa sangat kan. Hahahaha. Bulan Disember, aku berehat, bermalasan laa sekejap. Hihi aku hanya duduk dekat rumah dan mungkin masa itu aku banyak habiskan masa dengan komputer riba. Walaubagaimanapun, aku masih tidak habiskan semua drama dan filem yang ada dalam cakera keras (hard disk) dan sampai sekarang pun masih tak habis. Hehehehehe





Kemudian, bulan Januari 2017 barulah aku mula mencari kerja. Woww, dah setahun rupanya. Masa itu, ada seorang kawan tawarkan untuk kerja dekat bengkel kereta dengan mak saudara dia. Aku pun masa itu tak pandai nak cari kerja dah. Jadi, aku buat keputusan untuk pergi la kerja sambilan dekat situ sekejap. Aku bersyukur aku pernah bekerja dekat bengkel kereta sebab niat aku juga masatu nak kumpul pengalaman. Kerja aku ringan saja dekat situ iaitu aku kira stok. Cabaran bagi aku dekat situ kena tahan dengan habuk dengan minyak sikit biasa laa nama pun bengkel kereta kan. Kelebihannya, aku dapat kenal banyak jenama kereta dengan macam mana pengiraan harga barang. Aku ni memang tak tahu sangat jenama kereta jadi, baguslah aku tahu sikit. Aku tahu memandu kereta saja. Hahahaha. Lagi satu, kadang kerja aku kemaskan resit-resit. Aku biasa laa dengan nama bengkel-bengkel lain. Bila aku lalu dekat BM tu, aku pun tunjuk laa kadang lagak dekat ayah.

Bulan Januari juga aku terlibat dengan program dekat sekolah lama aku. Oleh sebab kerja aku dekat bengkel tak terlalu ketat jadi, kadang aku pergi juga ikut mesyuarat untuk jayakan program tu. Jangan risau gaji aku masa itu ikut hari jadi, tiada isu gaji masa aku tak hadir itu. Semestinya seronok masa program, banyak pengalaman yang dapat bila bekerjasama dengan senior. Kami yang sebagai pelajar yang baru habis sekolah ini dapatlah tahu nak menghasilkan kertas kerja yang lebih baik. Terima kasih kepada semua yang terlilbat termasuk adik-adik yang sama ada terpaksa atau ikhlas. Hahahahahaha. Saya berharap ya ada manfaat yang kalian dapat walaupun sikit.

Selepas sebulan, aku berhenti kerja dekat bengkel. Bulan Februari, lepas AJ, Syikin, Izzah, dan Aisyah Az dah masuk kerja dekat kilang kemudian aku pun ikut serta. Pengalaman kerja dekat kilang sangat menarik. Masa ini macam-macam perkara banyak bermain dalam minda aku. Masa itu, otak aku sentiasa buatkan aku berfikir seccara matang. Aku bersyukur atas pengalaman yang aku dapat masa itu.

Nak cerita ke hari pertama masuk kilang? Kepada rakan-rakan kilang aku, mereka dah muak dengar cerita gedik aku yang ini. Hahahahaha 🤣 Sebagai kenangan masa hadapan aku maka, aku taip juga lagi cerita ini. Walaupun, dekat twitter memang dah banyak aku cerita.

Hari pertama aku biasalah bermula dengan temu duga. Selepas itu, alhamdulillah masuk kerja. Betapa bersyukurnya aku walaupun tak dapat sama baris dengan Aisyah Az dan Izzah tapi dapat satu bahagian dengan mereka. Cerita dekat kilang ni kan seronok kalau aku buat entri khas. Ok memandangkan sekarang waktu aku tengah taip dah jam 12 malam. Jadi, aku habiskan cerita hari pertama aku dekat kilang. Cerita selanjutnya, aku buat entri lain.

Masuk saja dekat bahagian yang aku kena kerja, mata aku pandang orang sebelah Aisyah Az. Saya minta maaf Aisyah, saya tertengok orang sebelah awak pula. Hahahaha. Muka dia macam Randy Pangalila ! ! ! ! ! Okey, sekarang aku dah tak ingat dah cuma benda kelakar macam ini aku ceritakan sajalah.

Okey, kita sambung nanti entri khas dekat kilang walaupun aku kerja 2 bulan saja tapi banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat 😄

Jumpa lagi ✌

No comments :