Friday, December 28, 2018

Kenapa Minat Bola Sepak ? (Bahagian 2)

Assalammualaikum

Ok untuk bahagian 2 ni aku senaraikanlah satu demi satu alasan. Hahahaha

1. Sebagai penyokong Malaysia
Pertama sekali, betullah sebagai penyokong macam yang dah cerita dekat bahagian 1 yang asalnya aku minat nak sokong sukan Malaysia. Kira bola sepak ni pun termasuk sekali cuma tumpuan jadi terarah sebab kalau sukan bola sepak ni bila ada pertandingan khas sukan bola sepak mesti semua akan beri tumpuan. Hal ini berbeza dengan sukan lain bila ada pertandingan khas orang jarang bagi tumpuan kecuali bila dah masuk peringkat akhir itupun kalau perasan kalau tak juga orang perasan bila ehh dah juara rupanya. Haaa begitulah. Aku pun macam tu juga kadang tapi yang menariknya maklumat sampai cepat bila buka Twitter. Hehehe

2. Mestilah sebab pemain !
Okay masuk yang kedua jujurlah memang sebab tengok pemain juga. Tipulah kalau cakap tak pandang langsung dah nama pun aku perempuan. Boleh dikatakan setiap batch mesti seorang yang akan jadi tumpuan aku. Hahahahaha

Ni aku nak senaraikan.

Mula sekali minat Khairul Fahmi. Biarpun ramai yang menentang cakap "weyh, dia tak hensem." Hahahahaha aku minat sebab masatu dia perform gila. Rupa dia bagi aku masatu ada laa sikit. Sekarang dia dah kahwin dan dah ada anak 3 orang. Hahahahaha sekarang jadi suka tengok anak dia Kayla dengan bini dia Leuniey. Kayla comel sangat dan Leuniey memang cantik laaa walaupun tanpa make up. Selain daripada dulu teringin nak jumpa Khairul Fahmi, ada laa juga keinginan nak jumpa Kayla dengan Leuniey. Alhamdulillah impian aku tercapai tahun ni. Hahahahahaha tak pernah aku sangka yang aku akan dapat jumpa Kayla. Jumpa Apek mungkin laa sebab pergi  jaa laa stadium gituu. Yang lagi seronok, masa jumpa Kayla, dia peluk aku weyh dan sembang dengan aku. Terharu kitaaaa 😭 Hahahahaaha

Lepastu, minat pula Wan Zack Haikal. Bukti ini aku kenal pasti sebab pernah buat cover fb jersi number Wan Zack. Ouhhh yaa, masa 2012 juga masatu hampir laa nak jumpa tapi tak berjaya. Hahahahaha jumpa masatu orang berkait juga dengan dia tapi sekarang dah takda apa jadi, takyah laa ungkit. Masing-masing dah move on. Hahahahaha Wan Zack pun sekarang dah kahwin dan ada 2 orang anak dah.

Kemudiannya, haaa masani ramai juga yang turut sama meminati dia. Masa dia perform ni umur dia 17 tahun. Nazmi Faiz Mansor laaa. Hahahahahahaha dia pun sekarang dah kahwin. Hahahahaha cantik ok majis perkahwinan dia. Aku suka tema warna perkahwinan dia. Paling aku ingat gol dia yang cantik dari luar kotak penalti masa lawan Bahrain untuk Kelayakan Olimpik. Sebenarnya, selain daripada gol cantik tu aku ingat sebab Bahrain buat comeback lepastu dan kita kalah. Hahahahahahaha sadissss.

Ok ni yang terbaru, siapa lagi nama yang disebut-sebut oleh perempuan yang lain juga. Yee dia ahhh sapa lagi, Akhyar Rashid. Yang ni tak kahwin lagi dan dia sebaya. Yang ni, tak nak ulas panjang sebab tahun semasa. Hahahahaha
Ok lepasni, tunggu ahh tengok next batch. Hahahaha masalahnya yang lepasni dah jadi aku tua daripada depa. Hmmmm tak menarik. Lepasni, aku beri tumpuan untuk sokong jaa. Hahahahaha

3. Kesetiaan dan kepercayaan
Uishhh kemain tahu sebab kesetiaan dan kepercayaan. Hahahahaha
Seronok weyh perasaan tu. Perasaan menyokong dengan setianya dan menaruh kepercayaan yang tinggi dan akhirnya berjaya. Weyhhhh, perasaan ni susah aku nak ceritakan. Dia rasa dalam dalam hati. Hahahahaha dan memang boleh mengalir air mata weyh. Hahahaha
Nak pula kita semua tahu bola sepak Malaysia ada masa turun naik dia. Menjadi orang yang setia juga harus menjadi orang yang yakin dan percaya bahawa kita mampu pergi jauh. Susah weyh sebenarnya tambah kalau baca komen-komen negatif orang uishhh kadang tu rasa macam salah ke aku sokong. Tapi, tetaplah sokong juga dan bila menang tu rasa macam bukan setakat kejayaan pemain tapi juga kejayaan buat penyokong sebab nak back up. Hahahahahaha

4. Ultras



Selain 11 orang yang bermain atas padang, pemain ke-12 ini juga menjadi sebab kenapa aku minat bola sepak. Kalau sukan lain, korang nampak orang sokong dengan beri tepukan dan menjerit kadang-kadang macam tu kan. Yang menariknya, bola sepak ni bila ada ultras. Datang stadium dan tengok macam mana berkesannya peranan diaorang nii. Auchhh paling aku terharu sampai nak mengalir air mata aku masa dekat stadium baru-baru ni final lawan Vietnam. Masatu, Malaysia ketinggalan 2-0. Lepastu, ultras nyanyi lagu Inilah Barisan Kita dan diikuti semua orang dalam stadium. Corak permainan Malaysia terus bersemangat masatu dan tak lama lepastu berjaya dapat satu gol. Aku sebagai seorang perempuan yang sememangnya berhati lembut terharu ok masatu. Hahahahahaha

Lagi satu, tapi yang ni cerita sedih sikit laa. Masa final Sukan SEA 2017, lawan dekat SNBJ ok tapi tanpa ultras sebab masatu masalah dengan pengurusan tiket final. Sedih weyh aku tengok perlawanan sepanjang 90 minit masatu. Rasa kosong masatu sebab perlawanan sebelum-sebelum tu dah biasa kan dengar chant tiba-tiba masa final tu senyap jaa. Lepastu, kalah pula dengan gol sendiri masatu. Ahhhh sedihnya. Hahahaha Nak comeback pun macam susahlah sebab takda aura nak bangkitkan semangat sebagai antara faktor lain selain fizikal dan mental pemain. Sedih tak boleh bawa bincang aku masatu. Hahahahahaha


5. Unsur Dramatik

Sebagai seseorang yang memang kadang suka berfikir nak buat drama atau filem tapi tak kesampaian hahahahaha maka, diri ini sangatlah menggemari unsur dramatik. Hahahaha
Sukan lain pun ada dramatik dia tapi dramatik bola ni boleh jadi banyak faktor dan memang menariklah. Menyesal dulu cakap dekat ayah kata tengok keputusan saja sudah. Hahahahaha tak menarik weyh kalau setakat tengok keputusan. 90 minit bola sepak tersangatlah berharga dan macam-macam boleh jadi. Lepastu, kadang tambah faktor pengadilan pula. Selain cerita 90 minit, kadang sepanjang kempen perlawanan pun kira menjadi unsur dramatik. Hahahahaha
Contoh perlawanan yang aku tengok (aku) yang dramatik, Kelayakan Olimpik 2012 masa lawan Bahrain macam aku cerita yang gol Nazmi tu. Gol dah laa cantik lepastu Malaysia dah gol 2 tiba-tiba, Bahrain comeback. Sedih aku masatu. Baru-baru ni, perlawanan separuh akhir AFF menentang Thailand. Unsur dramatik masa lawan Thai ni memang menusuk kalbu ahhh tambah kalau engkau yang pergi awayday masatu. Aku ikut weyh perkembangan diaorang yang awayday naik kereta, bas, kereta api, kapal terbang dan segala pengangkutan lah. Bukan senang weyh tengok diaorang nak pergi. Tambah yang naik bas tu aku paling terharu, berhari weyh dengan ada yang masalah tayar dan akhirnya semua selamat tiba dekat Stadium Rajamangala. Masa perlawanan pula, berdebar weyh 2 kali kena kejar Thai cari gol. Lepastu, betul-betul minit akhir Thai dapat sepakan penalti. Nak gugur jantung weyhhhh. Hahahahaha aku tak tahu laa masatu apa dalam fikiran diaorang yang tengah awayday tu. Lebih menarik cerita perlawanan ini sebab penjaga gol Thailand pernah cakap yang kita akan mimpi ngeri. Lepastu, bola sepakan penalti yang diambil oleh Adisak melambung tinggi. Aku menjerit weyhhh masatu dekat rumah. Buat pertama kalinya, aku terjerit kuat tengok sukan yang Malaysia sedang main. Sebelum ni, aku banyak jerit dalam hati jaa tambah bila ada ibu dengan ayah tengok sekali. Tapi, masatu memang perasaan yang wowwww sangat dramatik. Hahahahahahahahaha


Lagi satu, ni memang perlawanan paling dramatik dan cukup segala rencah rasa iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu dan Perak. Masa perlawanan ni aku tengok bermula minit ke-90 sebab sebelum tu aku study nak exam. Aiceyhhhh hahahahaha sebab takda pasukan aku kan jadi, tak laa tengok sangat cuma aku tengok update berapa gol masatu. Minit ke-90 tu aku dah berhenti study sebab nak tengok debaran dia. Weyhh tak sia-sia aku tengok sebab memang gempak gila perlawanan tu. Hahahahahaha betul-betul minit akhir duhhhh Perak samakan gol. Masa penalti pula, gempak duhhh penjaga gol Perak berjaya selamatkan 2 gol. Ahhh tolonglah gempak gila perlawanan malam tu. Bertuah Terengganu Perak masatu tapi lagi bertuah Perak laaa. Kawan-kawan aku yang sokong Terengganu ramai yee tak boleh move on masatu. Hahahhahaha tabah laa korang.


6. Suasana Stadium

Soal stadium ni, aku sendiri tak faham dengan diri aku. Hahahahaha
Aku tahu susah payah nak datang stadium ni bukannnya senang dengan jammed nya, lepastu ramai lelaki. Kali pertama, kedua, ketiga aku pergi pun macam-macam masalah kena hadap tapi tetaplah aku nak juga pergi. Syukur dulu teringin nak pergi stadium tengok konsert kpop tapi, perasaan tu dah hilang macam tu jaa sebab nak fokus dekat minat lain. Hahahahaha
Perasaan nak datang stadium dari tahun 2010 tak pernah hilang walaupun sampai dah berjaya jejak pun masih ada perasaan tu. Hahahahahaha nasib baik perasaan nak pergi konsert kpop dah hilang. Salah satunya sebab tak mampu nak beli tiket konsert kpop. Hahahahaha tapi kalau Big Bang akan dipertimbangkan di kemudian hari. Hahahahahaha
Walaupun, sebenarnya tengok dekat tv lebih selesa dan mudah tapi pergi ke stadium ni ada manisnya yang tersendiri walaupun antara kesulitan aku haritu; jammed, asap rokok, sekumpulan rakan-rakan yang kurang behave ketika melihat perlawanan dan sebagainyalah. Tapi, perasaan semua tu hilang jaa bila beri tumpuan tengok game sambil nyanyi pelbagai lagu ultras tu aku suka. Hahahahaha 

Ok setakat ni aku boleh berfikir inilah antara sebab kenapa aku minat bola sepak tapi aku minat sekadar peringkat tempatan. Masih lagi tak sampai ke luar negara sebab alasan aku yang pertama pun sebab sokong Malaysia. Asalnya, bermula dengan sokong Malaysia. Kalau aku takda sapa nak sokong, dia jadi macam tak berapa nak minat tapi bolehlah tengok cuma dia tak sampai tahap obses. Hahahahaha

Ok sekian itu sahaja. 
Assalammualaikum

Kredit: Gambar sumber daripada Google dan FAM, Video dari Twitter lepas screen record tu ada nama tuannya dan juga gambar sendirian berhad. 


Thursday, December 27, 2018

Kenapa Minat Bola Sepak ? (Bahagian 1)

Assalammualaikum

Harini aku nak bercerita tentang kenapa yee kenapa aku minat sangat dengan permainan ni ? Hahahahaha
Untuk pengetahuan, sebenarnya aku takda laa minat sangat tapi nak kata tak sangat macam sangat laa juga. Macam ni sebenarnya yee kakak-kakak dan adik-adik sekalian, sebenarnya aku lebih kepada peminat sukan tempatan. Aiceyhhhh 😜 Memandangkan musim pada ketika itu sukan yang sedang berlangsung ialah bola maka, tumpuan aku jadi terarah kepada bola sepak itu. Haa macam tu laa lebih kurang tapi yee laa macam orang cakap ibu segala sukan itu bola sepak. Jadi, aku akui juga laa yee aku minat bola sepak tapi sampai peringkat tempatan sahaja. Berbaliklah kepada minat asal aku tadi iaitu peminat sukan tempatan. Okay, makin lama jadi makin pening sebab berlaku pengakuan dan penafian terhadap diri sendiri. Hahahahaha yee laa senang cerita yee saya minat bola sepak Malaysia. Hahahahaha

Sebelum aku senaraikan sebab aku minat bola sepak, aku cerita dulu laa macam mana aku boleh terjebak dalam dunia ini. Hahahahaha

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Bapa borek, anak rintik. Woww, main peribahasa ok aku sekarang. Hahahahaha ada nampak ciri-ciri cikgu Bahasa Melayu tu ? hahahahaha In Shaa Allah Amin... Puncanya, pada asalnya mestilah sebab aku teman ayah aku sekali tengok bola dekat rumah. Sejujurnya, sebelum aku berumur 11 tahun memang aku tak suka bola sepak. Setiap kali ayah nak tengok bola dekat tv mesti aku suruh alih siaran. Lepastu, aku cakap dekat ayah "alaaa, ayah tengok keputusan jee laa nanti." Malah, aku turut merampas remote tv dan alih siaran lepastu, sorok remote. Punyalah tak nak tengok dulu. Yee laa, masa kecil faham apa dah laa aku perempuan jadi, aku sangkakan memang aku takkan minatlah bola sepak ni. Untuk main tendang-tendang bola dengan kawan ok takda masalah tapi untuk tengok dekat tv aku rasa macam ehh tak payahlah, cukup hanya tengok keputusan. Hahahahahaha

Benda ni berbeza kalau ayah tengok sukan badminton. Aku memang teruja tengok lepastu suka mengaku aku peserta yang sedang mendahului tanpa mengira negara mana masatu. Sampailah aku sedar Lee Chong Wei tu pemain negara Malaysia. Bermula detik itu, saya mengenal sukan badminton Malaysia. Hahahahahaha cerita dia aku memang takda masalah kalau ayah tengok badminton tapi jadi masalah kalau ayah tengok bola tak kira laa bola tu lawan liga super ke, luar negara ke, pemain Malaysia sendiri main ke semua aku takmau tengok masatu. Mungkin juga sebab aku tahu main badminton jadi, aku suka laa tengok badminton. Bola dah aku tak tahu main lepastu lelaki pulak tu yang main dan aku rasa masa dia lama sangat jadi, sebab tu kot dulu tak suka.

Namun, segalanya berubah pada tahun 2010. Hahahahaha tahun 2010 merupakan tahun masatu ada juga Piala Dunia. Pada awal tahun ni, tetaplah aku tak minat bola sepak lagi. Kawan-kawan dekat sekolah masatu kemain yee sokong negara Brazil lah, Sepanyol lah. Ayah aku sokong negara Asia tauuuu. Semangat sokong yang berkaitan negara sikit sebab Malaysia tak masuk Piala Dunia. Aku masatu ada juga halang ayah kadang-kadang daripada tengok bola tapi sebab kadang esok nak faham cerita depa sembang dekat sekolah. Aku ambil tahu laa setakat keputusan. Rasanya aku tengok satu game jaa dari awal sampai habis masatu rasanya masatu aku tengok Korea Selatan lawan apa tak ingat. Boleh tengok masatu pun sebab Korea yang lawan. Masatu kan aku minat juga kpop nii. Hahahahha

Ok masa tahun 2010 tu juga ada laa Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Ayah selalu buka Astro Arena masatu sampai lama-lama aku jadi suka tengok setiap kali Malaysia berjaya menang pingat. Kira tahun tu tahun kecemerlangn sukan Malaysia juga laa sebab sasaran pingat tercapai. Mula-mula aku layan Sukan Komanwel sampai laaa aku teruja juga layan Sukan Asia. Masa Sukan Asia ni laa pertama kali aku mula mengenal dan meminati bola sepak Malaysia. Nak kata persembahan diaorang masatu terbaik takda laa sangat dan aku pun tak tahu lagi macam mana perkembangan bola sepak Malaysia masatu. Apa yang psati masatu kira semua seronok juga laa sebab Malaysia layak ke peringkat seterusnya selepas peringkat kumpulan. Aku sebagai seorang yang baru nak mula minat. Aku tengok game first Malaysia masatu dekat Sukan Asia dan terus aku dengan semangatnya dalam hati sokong Malaysia. Aku berfikiran positif jee sentiasa yang akan menang lah akan mara ke hadapan laa. Yee laa masatu aku bukan tahu sangat macam mana bola sepak Malaysia di peringkat Asia ni malah, peringkat apa pun semua aku tak sedar. Aku hanya menyokong, berfikiran positif dan berharap mereka ni boleh pergi jauh. Aku pula jenis tak suka dengar orang mengutuk bagai ni jadi, aku dengan pendirian aku sokong Malaysia. Hahahahahahaha

Sepanjang Sukan Asia tu, aku kenal laa pemain bola Khairul Fahmi. Masatu, dia hebat gila ok. Aku percaya Malaysia boleh menang sebab aku rasa masatu siapa yang sepak bola dekat gawang dia semua dia boleh selamatkan. Hahahahahaha dia jadi punca laa juga kot lepastu kalau aku tertengok Liga Super dan sokong Kelantan. Masatu, Kelantan kira perform laa jugak. Tahun sebelum tu 2009, Kelantan juara Piala Malaysia. Masatu, aku tak tengok gak final tu aku tengok balik tahun 2010 masa bulan 12. Hahahahahahaha

Lepas Sukan Asia, ada pula Piala AFF Suzuki tahun tu. Piala AFF Suzuki ni memang untuk bola sepak bukan macam Sukan Asia yang merangkumi banyak sukan lain. Perlawanan pertama Piala AFF Suzuki Malaysia menentang Indonesia, aku tengok. Masatu, Malaysia kalah 5-1. Memandangkan masatu baru perlawanan pertama, aku tetap menaruh harapan dan percaya. Aku baca juga ramai orang mengutuk macam-macam tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk terus menyokong. Lagipun, masatu aku dah faham pengiraan mata untuk melayakkan ke peringkat seterusnya jadi, aku main kira-kira juga. Kena kutuk ke apa, aku back up jaa masatu sebab aku tak tahu macam mana bola sepak Malaysia sebelum ni. Aku tetap percaya dengan kemampuan depa hanya demi lencana di dada. Masatu, bukan sebab bagaimana corak permainan, sejarah atau apa sahaja. Aku percaya dan sokong sebab Malaysia masatu. Hasilnya, MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010.

Perasaan masatu, rasa macam kesetiaan dan kepercayaan yang sangat berbaloi. Pada suatu ketika, ramai yang tak suka dengan kekalahan 5-1, ramai yang tidak memberi kepercayaan, ramai yang tidak yakin, ramai yang mengutuk dan akhirnya mereka berjaya menutup mulut semua orang dengan kejayaan itu. Lama juga laa masatu nak move on. Masatu juga ramai dah cakap jangan kejayaan tu terhenti di situ. Aku ingat lagi disebabkan kejayaan itu, Malaysia ada bawa keluar setem diaorang kalau tak silap. Surat khabar pasal kemenangan diaorang semua ayah beli. Menyesal masatu tak gunting dan simpan. Perasaan nak buat tu dah ada tapi ntah kenapa aku tak buat masatu.

Apapun, lepas kejayaan tu tetaplah aku masih malu-malu mengaku dengan ibu ayah yang aku minat bola. Tengok bola dekat tv senyap-senyap. Ok sebenarnya masa ni termasuk sukan lain. Ada sukan boling ke skuasy ke apa jaa acara sukan yang Astro Arena siarkan rasanya semua aku nak tengok. Hahahahaha tapi aku buka senyap-senyap kadang sebab malu. Lama-lama, dah kantoi aku pun tengok jee laa tanpa berselindung. Nak beli jersi Malaysia pun dulu malu nak minta sebeb yee laa pernah tak suka bola kan. Jadi, aku beli masa lawatan sekolah ke Perlis dekat Padang Besar. Balik rumah nak bagitahu beli jersi pun fikir macam mana nak bagitahu.

Akhirnya, tunjuk juga beli jersi dekat ibu. Lepastu, ibu tunjuk dekat ayah "ayah, tengok anak ayah beli apa." Ayah gelak jaa dan tak kisah dan cakap biarlah dekat dia. Hahahahahaha ayah ok jaa laa dah anak perempuan dia pun ikut sama minat dia.

Tahun berikutnya, aku ingat lagi aku tengok Malaysia menang lagi pingat emas Sukan SEA 2011. Masa 2009, aku tak tengok sebab masatu tak tahu dan tak kenal lagi. Lepas 2010 tu aku tahu laa Malaysia menang pingat emas juga Sukan SEA 2009. Lepastu, aku tetap layan tapi aku takda nak update dekat laman sosial sangat sebab fb aku dah tak update sejak 2013. Twitter aku ada tapi tak aktif juga masatu sebab pakai fon yang takda android dan ios yee. Hahahahaha hujung tahun 2015 dapat laa telefon android tapi acah yee nak fokus spm (walaupun spm aku 2016*tak sangka baik juga aku dulu) hahahahaha jadi takda laa aktif twitter sangat juga masatu. Lagi satu sebab storage fon sikit. Hahahahaha fon tu guna untuk whatsapp dengan telegram jaa. Twitter ig kadang buka guna google chrome jadi, tak banyak laa update. 2016 aku ingat aku beri tumpuan dekat Olimpik Rio tapi takda laa bola. Itu pun sebab Kaarthi beli surat khabar hari-hari jadi, aku dapat laa maklumat setiap hari sukan Malaysia masa olimpik tu. Surat khabar tu ada aku gunting. Hahahahaahha

2017 ialah masa aku kembali mengambil tahu sebab telefon dekat tangan dan duduk rumah lepas SPM, Hahahahahaha maklumat senang laa nak dapat semula. Bermula 2017 lah aku mula merealisasikan impian aku sedikit demi sedikit. Tiba-tiba, teringat tak puas hati tak jadi sukarelawan masa KL2017. Hahahahahaha syukur masa upacara pembukaan tu pergi juga. Hahhaahhahah

Weyh sebenarnya aku nak sembang tentang kenapa minat bola sepak ? Sekali terbabas ntah sampai mana hala tapi macam ada kaitan. Hahahahahaha k bahagian 2 aku senarai satu-satu alasan. Yang ni kira macam pengenalan macam mana aku boleh terjebak. Ok selamat malam.

Terima kasih sudi membaca. Assalammualaikum

Saturday, December 15, 2018

Kita #TaklukAsiaTenggara !

Assalammualaikum rakyat Malaysia *yeye macam semua orang baca hahahahaha*

Entri yang lepas aku ada kata sambil berdoa laa juga kan supaya Malaysia layak masuk perlawanan akhir. Semestinya doa aku itu agar kita sama-sama dapat merasa kejayaan itu tapi dalam masa yang sama aku berharap agar aku dapat kembali turun stadium sebab tu aku berdoa sangat Malaysia layak masuk perlawanan akhir dan seterusnya menjulang Piala AFF Suzuki 2018 In Shaa Allah Amin.... Malam ini keputusannya. Hehehe

Kiranya, doa aku masa entri lepas agar Malaysia berjaya ke perlawanan akhir itu berjaya. Tahniah !
Seterusnya, mestilah misi aku nak kembali turun ke stadium. Ya, buat kali yang terakhir perlawanan di tempat sendiri aku gigih nak pergi. Hahahahaha. Dah alang-alang aku turun dari lawan Laos timbul satu perasaan yang aku perlu habiskan perjuangan ini. Aiceyhhh walaupun masa separuh akhir tak dapat pergi sebab baru jaa balik rumah takkan nak patah balik KL. Itu yang berharap masuk perlawanan akhir supaya aku dapat pergi semula. Hehehehe

Cerita kegigihan bermula pada hari Jumaat (7/12/2018). Masatu hari pertama jualan secara dalam talian dijalankan. Malam sebelum tu aku tak boleh nak tidur nyenyak juga laa memikirkan macam mana nak berebut masuk dalam talian tu dengan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain. 

Jam 8.30 pagi, aku pun dah sedia ok buka laman web tu nak beli. Katanya buka jam 9 pagi, alih-alih aku buka jam 8.37 pagi macam tu tengok-tengok dah ada. Aku cuba laa beli sampai dekat bahagian bayaran. Tiba-tiba, Maybank reject aku weyhhhh. Lepastu, terus sold out. Weyh, serius rasa nak menangis masatu. Lepastu, cuba pula nak buat guna laptop. Sama jaa lambat. Aku pun shut down pula laptop. Cuba lagi guna fon buat dekat bawah pula.

Ke mana-mana aku gerak dalam rumah masatu, aku bawa fon dengan kad kredit aku. Hahahahahaha
Aku cuba lagi dan lagi. Dalam 9.30 pagi macam tu kot, jualan tu buka balik. Aku cuba lagi sampai bahagian bayaran dan akhirnya kena reject dengan BSN pula. Weyhhh, masatu memang dah broken sangat dah. Aku baca pula kat twitter dah dua orang kawan aku berjaya dan sorang lagi orang aku kenal kat twitter jaa berjaya beli. Aku macam "emmm kenapa aku tak dapat lagi ni". Ayah balik rumah masatu. Aku cakap laa "Ayah, dah habis *nada sedih*". Ayah kata takpa laa kalau ada rezeki beli, kalau takda tengok tv jee laa. Aku masih lagi tak boleh terima kenyataan yang tak dapat beli tu. Hahahahahaha

Aku cuba lagi dan lagi. Dalam 10 pagi, aku tengok-tengok ada lagi buka jualan. Aku masuk isi semua sampai bahagian bayaran. Kalini aku berjaya sampai ke peringkat TAC dah weyhhh. Tiba-tiba, masatu juga laa servis kereta nak telefon. Dia nak survey aku masatu pasal servis. Aku pun "ahhh saya busy laa sekarang". Weyhhh, padahal aku sibuk tengan tiket. Hahahahahaha
Syukur lepas letak call tu, TAC tu tak habis masa lagi. Akhirnya !!!!!! Aku sempat beli 3 tiket untuk ibu, ayah dan aku. ALHAMDULILLAH *nak nangis* Hahahahahaha

Maka, bermulalah perancangan aku dan ayah macam mana nak bertolak dari sini sampai ke KL sana. Sesungguhnya, sangat indah dua hari di sana. Hahahahahaha

Satu pengalaman paling berharga masa dekat stadium haritu yang aku sangat-sangat terharu. Masa kita ketinggalan 2 gol. Lepastu, satu stadium bergema menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita". Ya Allah, masatu air mata aku memang nak mengalir dah sebab terharu sangat. Akhirnya, minit 36 kalau tak salah, Malaysia berjaya meledakkan satu gol. Kemudian, pada separuh masa kedua lagi satu gol berjaya diledakkan. KITA BUAT COMEBACK GUYSSS !!!! Syukur

Okay seterusnya, aku taknak laa cerita selanjutnya dekat sana dalam ni sebab nanti jadi gedik semacam. Hahahaha 
Jadi, biarlah aku tulis ke video ke apa ke dan simpan buat aku. Hahahahaha

Kiranya, 11 Disember 2018 aku berjaya menyokong pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil ! Alhamdulillah syukur boleh dikatakan hampir semua angan-angan aku masa darjah 5/6 dulu akhirnya jadi kenyataan pada tahun 2018. Jadi, kepada anda semua yang berangan In Shaa Allah suatu hari nanti impian anda akan tercapai cuma mungkin masanya belum tiba sekarang. Bila tiba saat kejadian akhirnya impian tercapai setelah penantian yang lama, rasa dia sangat berharga. Rasa syukur kepada Ilahi sangat-sangat. 

Akhir kata, malam ini sekali lagi Malaysia akan berlawan pada Perlawanan Akhir Kedua di Hanoi. Jadi, semoga Malaysia berjaya menjulang Pialan AFF Suzuki 2018 dan sekaligus membawa pulang piala tersebut ke negara Malaysia. BERJUANGLAH PAHLAWANKU !!!!!

Bermainlah denga bersungguh-sungguh. Demi lencana di dada. Buktikan kepada semua anda akan menjadi JUARA ! 

Satu lagi minta sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Nisa (kawan Dayah) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya (dilanggar oleh pemandu yang mabuk) selepas menyaksikan perlawanan haritu di stadium. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan. Amin.... Terdapat juga dua orang lagi rakannya yang mengalami kecederaan didoakan agar cepat sembuh.  
2018 ! I made it !


Tuesday, December 4, 2018

Aku Turun Stadium !

Assalammualaikum Team Malaysia 💖
Nampak, bagi salam pun 😏

Kali ni nak cerita tentang hasrat dari tahun 2010 yang akhirnya tertunai. Wahhhh, sangat seronok 🎉
Sebenarnya, aku rasa dulu aku pernah cerita dalam blog ni yang aku nak sangat pergi stadium tapi entri yang lama semua aku padam haritu. Silaplah pergi padam patutnya aku archieve. Aduhhhh hahahahaha tapi takpa laaa. Kita cerita tentang hasrat yang akhirnya berjaya ni.

Kalau ikutkan memang ya ada sebelum ni aku dah pergi stadium masatu pun aku teruja tapi sebelum ni aku pergi bukan yang pasukan utama Malaysia. Kali pertama pergi masa Penang FA lawan Perak dekat Stadium Batu Kawan. Masatu ayah ajak, aku apa lagi setuju laa dah memang aku teringin tapi tetap masatu aku simpan lagi hasrat nak tengok pasukan utama.

Kali kedua pula aku pergi lagi masa AFC U16 dekat Stadium Bukit Jalil. Masa ni aku pergi dengan Aini dan Zulfa. Tetaplah kali kedua bukan pasukan utama tapi aku tetap seronok dan perasaan berkobar-kobar teruja tu memang ada. Masani aku pergi U16 Malaysia kalah 3-2 kalau tak silap aku dengan Thailand. Aku semak balik igs taip syukur ada 2 gol maknanya betullah kot skor 3-2 tu, aku pun dah lupa skor. Apa yang aku ingat seronok sokong diaorang dan lepas habis perlawanan nyanyi lagu Negaraku dan viking clap tu PALING AKU SUKA ! Hahahahaha

Itu cerita pergi stadium tengok bola laa. Kalau betul-betul pertama kali pergi stadium ada laa juga masa sekolah dulu untuk apa-apa acara. Kalau ikut pertama kali masuk Stadium Bukit Jalil pula masa Upacara Pembukaan Sukan SEA 2017. Masatu pun memang gempak, memang teruja ahhh aku memang suka pergi stadium. Kedua, masa Upacara Penutupan ParaAsean 2017 masani Yuna buat persembahan.

Akhirnya, pada tanggal *aiceyhhhh* 12 November 2018 aku pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan pasukan utama Malaysia menentang Laos Piala AFF Suzuki 2018 🎉 Ni nak cerita macam mana perjalanan nak pergi tu.

Aku tahu maklumat benda ni dalam awal 2 minggu atau seminggu sebelum perlawanan kalau tak silap. Ikutkan sebelum tu ada lagi perlawanan persahabatan Malaysia dekat SNBJ tapi aku tak dapat pergi sebab cuti nak kena balik rumah. Jadi, aku pun fikir aku kena pergi juga sekali perlawanan Malaysia ni sebab aku teringin sangat. Aku kalau tak dapat nanti emosi tak tenang lepastu, baca buku pun teringat. Masatu, nak peperiksaan akhir laa juga jadi, aku tak boleh emosi aku terganggu niii *ceyhh, alasan*

Seminggu duduk rumah aku fikir macam mana nak pergi SNBJ ni. Siapa nak teman ? Mula memang dah rancang dengan Tasya nak pergi. Seminggu weyh aku rancang bila nak balik IB semua. Macam mana kalau malam tu lewat. Aku sedar aku ni perempuan jadi, banyak benda kena jaga. Dalam seronok, aku kena jaga keselamatan aku. Fikir punya fikir sampai akhir aku memang balik awal sehari dari tarikh perlawanan dekat KL cuma sehari awal tu dekat Kota Kemuning. Akhirnya, lepas fikir aku cakap dekat Tasya takpa laa Tasya kita takyah pergi sebab perihal keselamatan, tiket dekat Al-Ikhsan dah habis dan sebab Tasya takda jersi. Hahahahaha

Aku memang pasrah dan masatu tapi aku fikir takpa nanti masa lawan Myanmar aku pergi. Aku tetap nak pilih salah satu perlawanan untuk aku pergi. Lawan Myanmar nanti tu hari dia jatuh pada hari Sabtu jadi, aku kena minta kepastian dulu ada orang boleh teman aku tak. Aku pun mula ws Kak Mira, sepupu aku. Sekali dapat tahu yang Kak Mira tengah bercuti masatu sebab nanti nak tukar tempat kerja tapi aku tetap tak buat keputusan nak pergi lagi masa tarikh 12/11 tu.

Dalam perjalanan nak balik IB naik KTM, aku masih fikir dan fikir. Sampai-sampai IB, tiba-tiba aku tengok kad residen semua takda. Aku pun sedih juga laa sikit tapi aku buat biasa jaa. Masatu, aku balik nak servis kereta sama. Jadi, aku terus ambil kereta dan pergi servis ditemani roommate. Tiba-tiba, aku terfikir nak pergi sebab sedih kan *alasan lagi* hahahhahaha. Roommate kata kalau nak jom jee laa pergi tengok SNBJ. Aku dah dia okey aku pun bawa pergi SNBJ nak tengok kot ada lagi tiket. Sekali tengok memang beratur pun tak panjang dan dapat tiket senang-senang jaa. Aku pun beli terus. Hahahaaha lepastu, telefon Tasya boleh tak ni sebab aku ubah rancangan minit akhir. Tasya okay takpa. Kira malam tu aku balik rumah sepupu aku laaa.

Mulanya, aku nekad nak pergi 12/11 sebab masatu hari Isnin jadi, tak ramai. Ehhh tiba-tiba dah pergi ketagih lagi nak pergi 😹 Jadi, 24 November 2018 perlawanan Malaysia menentang Myanmar aku pergi lagi ! Hahahahahahaha kira merasa laa aku suasana masa ramai tapi tak fullhouse dan masa ramai hampir fullhouse. Hehehehehe Syukur masatu penentuan yang melayakkan Malaysia ke separuh akhir.

Untuk sepatuh akhir 1, aku tak dapat pergi sebab dah ada dekat rumah. Apapun, aku berharap Malaysia layak ke Perlawanan Akhir dan aku berharap aku dapat turun stadium lagi ! Hehehe

Oleh itu, pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua malam ini menentang Thailand di Stadium Rajamangala aku berharap MALAYSIA MENANG DAN LAYAK KE PERINGKAT AKHIR 🎉
#TaklukRajamangala

Untuk Perlawanan Separuh Akhir Kedua ni aku tengok ramai penyokong Malaysia yang pergi ke Stadium Rajamangala bagi memberikan sokongan. Seronok weyh tengok masing-masing gigih dengan cara masing-masing. Ada yang naik bas, kereta api, kereta, motosikal dan kapal terbang. Korang terbaik ahhhhh 🎉Aku selalu cari maklumat diaorang ni dekat mana sekarang melalui hashtag dan akaun-akaun tertentu. Ada yang menghadapi ujian biasalaa perjalanan jauh kan tapi In Shaa Allah pengalaman tu yang berharga. Semoga malam ini kejayaan milik kita, MALAYSIA 💖

Seronoklah korang kalau malam ni menang. Memang akan menjadi kenangan indah terus dan tak sabar nak tengok trip awayday korang nanti pulak kalau layak masuk Akhir. Aminnnn... Semoga berjaya malam ni, MALAYSIA 😘

Saturday, December 1, 2018

Meet & Greet GantungTheSeries


Assalammualaikum. Ok ni nak mula cerita perjalanan kepahitan kemanisan aku pergi situ. Hahahaha

Pagi 6/5 aku ambil tiket ETS jam 7.40 pagi kan supaya aku dapat sampai dekat KL Sentral jam 12 tengah hari macam tu. Meet & Greet diaorang bermula jam 3 petang. Jadi, aku kira 12 tengah hari tu waktu yang sesuai aku tiba dekat KL Sentral dan kemudian ambil LRT pergi ke PWTC. Sampai PWTC, aku melangkah masuk surau dulu sebab lambat lagi kan nak mula. Aku memang dah buat perhitungan waktu bila nak mula tunggu bila nak solat. Ok pasal makanan ? Aku memang tak lalu nak makan masatu. Aku fikir juga kalau lepas solat aku pergi makan memang sempat tapi aku rasa makanan tu tak habis sebab aku tak lalu sangat. Jadi, dalam jam 1.45 petang macam tu aku terus pergi naik Aras 5. Mulanya, aku duduk dekat dengan tiang tangga. Tapi, lepastu aku mula rasa awkward. Rasa macam orang naik daripada tangga sampai atas terus nampak aku. Dah laa aku sorang, lagi nampak awkward sikit. Bukan tak nak bawa kawan tapi kawan-kawan aku takdalah fanatik nekad macam aku. Aku jaa memang selalu perangai nekad macam ni. Aku pun taknak susahkan diaorang dengan minat aku. Jadi, aku okay jaa pergi sorang. Ibu ayah tahu aku pergi PWTC. Itu penting kena bagitahu. Takut jadi apa-apa susah pula nanti tapi ibu ayah tak tahu yang aku pergi M&G tu pula. Hehehehe

Okay, sambung pasal kedudukan aras 5 tu tadi. Sebenarnya, aku tak tahu dan tak nampak pun mana pergi pintu dewan Kuala Lumpur tu. Aku ubah tempat duduk aku rupanya dekat dengan pintu tapi takdalah dekat sangat. Ohh ya, tempat aku sebelah lif tu. Aku duduk situ sebab rasa macam privasi sikit. Lepastu, aku tak faham kenapa diaorang jerit dengan berdiri pergi dekat suatu kawasan pintu masuk dewan tu laa. Aku pun gerak jaa laa pergi sekali.

Masa luar dewan
Okay, jarak aku dengan pintu tu memang dekat daripada awal. Tapi, aku masih tidak terpilih untuk meloloskan diri masuk ke dalam dewan daripada dihimpit diluar. Serius, nak menangis masatu, Sebenarnya, nak nangis ada nak gelak pun ada. Sejujurnya, masa awal kerumun tu aku memang tak panas. Aku kan baru turun daripada ETS yang memang sangat sejuk sampai jari aku kecut tu. Jadi, bila kerumun tu sebenarnnya menghilangkan kesejukan melampau aku tadi tu. Aku pun diam jee laa dalam ramai-ramai tu. Aku tak jerit laa macam yang lain sebab aku pun sorang kan. Pelik pula kalau buat syok sorang-sorang. Hahahahaha
Pada awalnya....
Pukul 2.30 petang macam tu kot rasannya pintu dewan dah buka dan ada yang dah berjaya masuk. Aku masihlah dekat dengan pintu tapi tak lepas nak masuk. Sedih. Hahahahaha. Sampailah dalam jam 4 kot (dah lama jadi, lupa sikit), akhirnya tibalah giliran aku untuk masuk dalam dewan tu. Dalam dewan tu pun masih jauh perjalanan aku untuk bertemu diaorang tapi sekurang-kurangnya aku dah rasa nikmat pendingin hawa dan dapat tengok muka depa dah. Aku takda nak bersesak dekat luar dah. Masatu sebenarnya keadaan masih lagi blackout. Jadi, aku berharap bila tiba giliran aku nanti tu cahaya lampu kembali menyala. Sepanjang beratur tu aku berfikir macam mana nak tangkap gambar ni dalam gelap nanti buruk. Hahahahaha

Seronoknya aku. Hahahahaha sebab giliran aku lagi sikit nak sampai dah. Lega dah aku sebab sekurang-kurangnya aku dah ada idea macam mana nak cepat dan dapat gambar dengan semua.


Sampai giliran aku, aku buat keputusan rakam video dari awal sampai habis sebab nak cepat kan. Buku Gantung 2 tu pun mestilah ditandatangani. Alhamdulillah aku berjaya buat semua tu dalam masa 2 minit. Nak gelak pun ada sedih pun ada. Hahahahaha sebab 2 minit jaa aku siapkan semua.


Nahh dengan Ikmal Amry 😜
Detik sepanjang aku berjumpa diaorang aku dah lupa. Apa yang pasti, IKMAL AMRY MEMANG BOLEH BUAT CAIR LAAA 😂 Brandon memang paling comel dengan hyperactive dia. Hafreez nampak laa kematangan dia. Randy tu aku baru cakap beberapa bulan lepas aku nak jumpa dia, ehh akhirnya dapat. Eeeiii suka 😂 Cumanya, aku kalau boleh nak laa masatu rambut dia potong segak tapi tidak emm takpaa laaa. Hahahahaha. Yang lain-lain pun ok seronok jumpa depa sebab gigih melayan semua yang hadir walaupun ramai sangat. Terima kasih semua 😊


Nahhh dapat pun 😍
Kenangan dan gambar lain boleh tengok dengan instagram @nrlasyiqinftni dekat post dan highlight 💖

Tuesday, November 27, 2018

Kerja di Kilang

Assalammualaikum *wink*

Kalau ingatlah entri yang lepas. Ya, memang lama sangat kaitan entri lepas dengan entri yang ni. Sebenarnya, aku nak cerita benda lain tapi lepas aku semak entri-entri aku, rupa-rupaya banyak juga aku berhutang cerita 😅 Jadi, aku ceritalah pengalaman aku bekerja dekat kilang dulu. Hehehe

Pada tarikh bila yeee 😂 Aku pun dah lupa sebab cerita tahun lepas kan. Apa yang pasti, bulan Februari. Aku mula masuk kerja dekat kilang. Sebelum tu aku dah cerita dekat entri lepas yang aku bekerja dekat sebual bengkel kereta. Ini entri khas keadaan aku waktu bekerja dekat kilang.

Kali pertama aku masuk kerja, ye memang penat sangat kena berdiri dalam 12 jam 😭 Disebabkan ada kawan-kawan aku yang sama kerja dekat situ jadi, aku bertahanlah. Kebetulan aku dapat satu kawasan dengan Izzah dan Aisyah jadi, kadang aku pergilah buat kerja dekat line diaorang juga. Tipulah kalau cakap tak sembang sikit, adalaa sembang sikit. Kalau kerja jaa, penat dia terasa juga. Waktu rehat kami kadang sama kadang tak tapi aku ok jaa. Selain diaorang kawan-kawan sekolah aku dekat kilang, dalam minggu tu juga adalaa orang baru masuk lagi dan diaorang masuk dekat line aku. Jadi, kira kawan-kawan baru aku juga laa. Bila rehat, aku rehatlah sekali dengan kawan-kawan line aku ni.

Apa yang aku nak cerita ialah apa yang aku nampak kehidupan manusia bila kerja dekat kilang ni. Ramai yang mencari rezeki disebabkan banyak benda. Benda tu yang buat aku berfikir dan sebagai motivasi aku. Bila aku kerja kilang, aku sendiri rasa dan tahu macam mana ibu dengan ayah bekerja. Kenapa ibu masih kerja kilang sampai sekarang. Kenapa ayah akhirnya buat keputusan untuk bekerja sendiri. Begitu juga dengan cerita orang-orang lain.

Aku kerja kilang selama 1 bulan setengah jee kot mungkin. Ada sebab kenapa aku berhenti selain daripada memang penat jugaklah nak bangun pagi lepastu berdiri 12 jam 😂 Nanti aku ceritakan sebabnya.

Aku mulakan dengan pengalaman aku kerja kilang. Aku belajar yang warga asing memang bersungguh-sungguh kerja dekat kilang ni untuk sara hidup keluarga depa dekat sana. Aku nampak depa kerja memang bersungguh dan kebanyakkannya memang tak bermainlah. Bila aku sembang dengan depa kadang aku rasa terharu. Kerja diaorang memang semata-mata kerja kadang tak sempat pun nak rehat. Pagi pergi kerja, balik masak. Pagi bangun awal masak untuk bawa pergi kerja. Kebanyakkan diaorang bawa bekal untuk jimat duit kan. Malam saja masa diaorang buat video call dengan ahli keluarga. Aku terharu weyh 😭 Bila ada OT, diaorang bersemangat nak buat OT untuk kumpul duit. Weyh, aku rasa aku jadi dapat tahu macam mana susahnya nak kumpul duit tu.

Yang kedua pulak, aku jumpa dengan kakak ni (tak payahlah dinyatakan namanya). Dia kahwin masa umur dia muda laa (tak ingat dah berapa) dan ada anak kembar dah laa masatu. Lepastu, dia berfikir nak tukar kerja tapi tak boleh lagi sebab dia kata dia dah nak kena fikir untuk belanja anak-anak dia nanti. Dia kata bagi kita orang mungkin raya tu lambat lagi tapi bagi dia raya tu dah nak dekat. Dia dah nak kena fikir persiapan untuk anak dia semua. Sekali lagi, aku terharu. Ibu sentiasa nak yang terbaik untuk anak dia 😊

Ada sorang kakak ni juga dia tua setahun daripada aku tapi bagi aku fikiran dia sangat matang. Dia ni banyak cerita dekat aku tentang pengalaman dia laa. Aku suka kawan dengan kakak ni dan dia pun sporting. Aku sentiasa doakan semoga akak ni dalam keadaan yang baik dan terus ke arah kebaikan.

Lepastu, aku jumpa lagi mereka yang lepas SPM bekerja. Bagi aku, benda tu takda masalah. Benda tu baik sebab dia bekerja, cari rezeki untuk diri dia dan ahli keluarga dia. Mungkin ada sebab kenapa dia tak sambung belajar. Bagi aku baik dia bekerja daripada tak buat apa. Bila dia dah bekerja banyak, banyak pengalaman dia dapat. In Shaa Allah, pada masa hadapan mungkin ada rezeki yang boleh buat dia lagi maju ke hadapan. Apa yang penting, banggakan ibu ayah walau apa cara sekalipun.

Kepada yang sambung belajar, tahniah dan manfaatkan apa yang anda dah dapat. Ini pesanan buat aku juga. Anda seharusnya bersyukur masa anda sambung belajar sebab bagi aku laa masa bekerja memang sangat mencabar. Nikmatilah saat-saat suka duka belajar sebab bila nanti makin besar makin banyak kena fikir. Aku berkata lepas aku lihat saudara-mara aku dan ahli keluarga aku sendiri. Semua kena kuat untuk mencari rezeki untuk sara hidup. Sementara yang tengah belajar ni, belajar elok-elok dan banggakan ahli keluarga. Habis belajar, bekerja dan balas balik jasa ibu ayah. Ini semua pesanan untuk diri aku juga. Masa belajar juga laa masa yang seronok ketawa riang dengan kawan-kawan walaupun kadang ada masalah kawan tu biasalah. Hargailah 😊

Alasan kenapa aku berhenti ?
Salah satunya aku rasa masatu cukuplah gaji yang aku dah dapat. Hakikatnya, tak cukup dah weyh lepas aku guna 😄 Tapi takpaa laa, boleh cari nanti. Hahahaha

Aku sebagai pelajar asrama dulu jadi, masa cuti lepas SPM tu laa aku rasa masa untuk aku tolong ibu aku dekat rumah. Masa aku kerja bengkel dulu, sempat lagilaa aku nak buat apa-apa tapi bila aku dah kerja kilang uishhh terasa penatnya. Hahahahaha

Ibu dengan ayah aku kerja dan aku sorang. Jadi, apa yang aku nak buat lepas SPM ialah banyak benda yang boleh puaskan hati aku. Cukuplah aku dah bekerja dua tempat lepas SPM sebagai pengalaman bekerja sementara aku. Aku kena gunakan masa untuk tolong ibu ayah juga walaupun yee kadang aku ni malas juga tapi kena juga paksa diri.

Masa aku kerja kilang, masa aku dekat rumah sangat sekejap dan aku memang tak sempat nak buat apa sangat. Pagi bangun dah terus pergi kerja. Balik dah malam. Sampai-sampai terus makan lepastu mandi dan tidur. Telefon pun pegang sekejap jaa. Ibu kerja kadang 3/4 hari memang jadual kilang ibu macamtu. Tiba-tiba, masatu aku sedar macam tetaplah ibu yang kena buat kerja semua. Jadi, lepas sebulan setengah kerja, aku rasa takpaa laa Iqin berhenti. Kalau hang tak berjasa dekat keluarga masa lepas SPM ni, bila lagi. Nanti hang nak sambung belajar lagi, duduk jauh. Jadi, cukup setakat tu. Itu fikiran aku sebab ibu dan ayah aku bekerja. Pendapat orang lain, aku tak tahu.

Kerja aku dekat rumah sikit jee pun sebenarnya memandangkan aku sorang tapi memandangkan aku sorang aku laa yang bertanggungjawab untuk mengurangkan beban. Aku kena buat kerja rumah. Masa aku duduk asrama dulu, semua ibu buat jadi, aku kena laa buat pula.

Ada lagi beberapa sebab yang aku tak cerita tapi adalaa orang aku dah pernah cerita sebabnya. Ini beberapa pendapat aku laa. Apapun, aku puas hati dengan semua yang aku buat lepas SPM. Niat aku nak siapkan bilik berjaya walaupun sampai sekarang ada lagi tak siap 😂 Aku nak kerja pun aku berjaya. Aku nak tolong ibu pun berjaya. Aku nak bercuti dengan kawan-kawan pun berjaya. Nak tengok drama pun berjaya. Jadi, aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku buat lepas SPM.

Sekian saja cerita lepas SPM daripada aku 😊
Kepada yang lepas SPM nanti bolehlah cuba kerangka nak buat apa. Hihihihihi

SEMOGA BERJAYA BUAT ANDA SEMUA 💕

Saturday, June 2, 2018

Syukur Berjumpa Kalian di Dunia

Okay, ini sambungan entri tentang keadaan kami bila dapat peluang duduk serumah.
Aku ajak Dayah, Fajwa dengan Aisyah. Boleh dikatakan ni kira geng masa Tingkatan 3 lah sebab Aisyah pindah masa Tingkatan 4. Kalau tak nak ajak Furai tapi dia pergi mana ntah. Ntah, aku dah lupakan dia sementara. Hahahahaha

Dayah kena datang petang rumah aku sebab aku minta tolong dia hantarkan aku dekat KTM esoknya. Jadi, nak guna kereta dialah ceritanya. Hihihihi
Tepat 9 pagi, dengan semangatnya aku keluar rumah pergi ambil Aisyah dulu. Selalunya lah kan, aku akan keluar lambat dan jarang aku menepati masa. Hihihi tapi disebabkan masatu tahap keterujaan aku sangat tinggi ditambahkan juga pagi tu aku lapar. Jadi, lepas bangkit Subuh aku terus mandi lepastu siap buat roti telur untuk aku sarapan. Okay, aku berjaya siap awal. Jam 9 aku terus bertolak. Wow! Jarang aku semangat macam tu. Hahahaha

Lepas dah pergi ambil Aisyah, pergi pula ambil Fajwa. Kami bertiga pun bertolaklah pergi Mydin yang dekat dengan rumah Fajwa dulu untuk beli barang masak. Berdasarkan panduan yang diberikan oleh Dayah melalui Whatsapp, kami bertiga pun gigih mencari barang masakan. Kelihatan hampa bila barang yang Dayah suruh beli takda dekat situ. Aku pun kata aku sanggup bawa diaorang lagi pergi dekat Mydin lagi satu pula. Sebenarnya, aku seronok nak keluar juga. Hahahaha sebab dah lama tak keluar dekat Penang tu kan. Acah rindu huhuhuhu.

Masuk Mydin yang kedua pun hmmmm, macam sama jaa. Takpalah, kami ambil jaa barang yang mana ada. Barang lain sikit yang tak dapat, kami minta Dayah tolong belikan. Kami pun teruslah pulang ke rumah. Sepanjang jalan balik tu, topik negara pada hari ini yang kami sembang. Macam wow kan! Hahahaha
Dah sampai rumah, kami solat Asar dulu lepastu baru buat kerja seperti yang diminta oleh Chef Dayah. Lepastu, kami pun mula potong bawang, siang udang, masak nasi dan siapkan bahan lain. Lepastu, baru kami sedar yang kedatangan Dayah nanti hanya masak saja. Hahahahaha kami memang perlu harapkan dia jaa untuk masak. Kalau harap dekat yang lain, hmmm telan jaa laa rasa apapun satgi.

Ketibaan Dayah…. *drum*

Kami sambut dengan penuh gembira sebab laparkan. HahahahaXD. Dayah ni macam mak-mak. Sampai-sampai perghh teruk masak. Okay, calon isteri dia ni. Dayah tunaikan permintaan aku untuk masak spaghetti. Dahlah, dua jenis lagi dia buat. Ya Allah, syukurnya aku dapat kawan macam ni. Macam mana aku tak sayang dia. Macam mana aku tak sayang juga sekalian pembantu yang potong bawang, siang udang, dan masak nasi juga. Hahahaha termasuk juga yang basuh pinggan mangkuk. Ishhh, sayangnya dekat diaorang ni.

Lauk untuk nasi Dayah buatkan Butter Prawn. Semua kami masak dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya dapat makan tiga jenis tu dengan kenyang bukannya terlebih kenyang. Sebenarnya, kami beli juga Maggi pedas tapi hmmm tak sempat makan. Hahahaha tak guna Fajwa, dia salahkan aku balik KL semula awal. Keropok pun kami beli. Akhirnya, makanan itu semua ada dekat rumah aku sekarang. Menyesal tak bawa kolej, tidak masa sekarang lapar nii boleh makan. Sedih kalau cakap pasal makanan dekat kolej. Huhuhuhu tapi takpa kita abaikan cerita sedih makanan ni.

Disiapkan secara bersama 😍
Lepas semua dah selesai makan dan kemas semua, kami pun bentang toto dekat ruang tamu. Semua akal nak tengok TV lepastu tidur terus. Aku dengan semangatnya nak tengok GGV2 nak tengok macam mana Fitri Haris bawa lagu Di Matamu masatu. Fajwa pun dengan gigihnya nak tengok juga Syafiq Kyle dekat TV3. Takpalah, untuk kawan aku mengalah. Hahahahaha GGV2 aku tengok persembahan Fitri Haris jaa. Takpa, dah record nanti tengok balik ya. Kami pun tengoklah TV3 tajuk masatu Isteriku, Cikguku. K nak gelak pun ada. Tengok dekat sofa pula, ehh Aisyah dah tidur. Penat sangat agaknya.

Kami bertiga pun menghayati cerita TV3 tu dengan penuh gelak ketawa sambil mengaitkan diri masing-masing. Serius seronok sangat dapat gelak, cakap kuat-kuat macam tu. Lepastu, dapat bahan member. Rindu weyh nak duduk sembang sekali dekat dalam kelas. Hmmmm nak menangis tahu tak rindu tu. Hahahaha over.

Lepastu, Fajwa kata suara aku kuat laa. Lepastu, aku baru perasan yang aku selalu cakap macam “aku suka tapi tak suka”, “aku nak tapi aku taknak”. Ok itu maknanya, aku pun tak tahu apa aku suka apa yang aku nak. Aku pun baru perasan jaa benda tu walaupun aku rasa banyak kali dah aku cakap macam tu. Hahahahaha
Habis dah cerita tu semua, Aisyah bangkit tidur. Bangkit-bangkit minta tengok persembahan Fitri Haris. Mak cik ni memang lebih kenal nasyid daripada aku. Aku minat pun sejak masuk asrama. Kalau tak, aku tak layan pun lagu nasyid. Syukur Alhamdulillah, duduk asrama dapatlah hayati lagu baik-baik sikit. Tidak duk layan Korea tak sudah aku ni. Hahahahahaha

Habis dah, sambung lagi tengok TV yang aku record semalamnya. Tengok Hero Remaja 2017 pula. Punca dia memang sebab Ikmal Amry laa aku record cerita tu. Aku jujur laa ni. Kalau tak, aku tak pernah layan pun cerita Hero Remaja. Hahahaha
Aku baru tahu yang Fajwa memang layan pun cerita tu. Wow, dalam diam rupanya Fajwa. Dia siap kenalkan dekat aku Nabil yang dalam Hero Remaja tu lagi. Dia siap bagitau ig lagi. Lepastu, semua pun tidurlah sebab esok nak kena bangkit awal. Train aku jam 7.40 pagi. Ok semua tak puas hati sebab kena bangkit awal hantar aku. Hahahahaha

Alhamdulillah, aku kan memang semangat daripada awal hari balik sebab plan aku dah nak sampai kemuncak. 5.30 pagi tu aku gigih bangun, buka mata, dan terus bersiap. Lepastu, telefon Fajwa daripada atas suruh depa bangun solat dan bersiap untuk hantar aku.

6.30 pagi mulalah kami bertolak ke KTM. Terima kasih Dayah sanggup untuk tolong hantarkan aku. Lagi bersyukur, tiga orang ni sanggup tunggu aku sampailah masa aku kena pergi dekat platform train tu. Masatu, aku sedih sangatlah sebab nak berpisah. Masatu jaa laa kan. Hahahahaha
7.30 pagi, aku dah kena gerak pergi platform. Kami pun berpisah. K sila menangis.

Pengakhiran cerita dia, ni nak buat teks penghargaan. Hahahahaha
Terima kasih Dayah, Fajwa dan Aisyah sebab sudi luangkan masa untuk gembirakan aku. Terima kasih sebab terima pelawaan aku untuk tunaikan impian aku. Terima kasih untuk semualah. Aku sayang ampa. K sudah. Cukup sampai disini. Hahahaha

Terima kasih jugalah atas sedikit keluaran wang anda untuk kita bersama. Hahahaha semoga kalian terus dimurahkan rezeki. Iloveyou :*
Assalammualaikum sahabat J *Next entry: Meet & Greet GantungTheSeries

Wednesday, May 30, 2018

TEASER M&G GANTUNG


Assalamualaikum. Pertama sekali, aku minta maaf entri kali ini aku tak dapat nak menaip dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya kerana aku nak bercerita dalam keadaan emosi yang teruja. Hihihihi. Okay, jom mula cerita!

Mulanya, aku dapat tahu ada sesi Meet & Greet Gantung melalui Twitter Nadia Khan. Mula-mula, dapat tahu tarikh 2/5 jaa ada Ikmal Amry dengan Hafreez Adam. Aku macam nak pergi laa juga. Tapi, dalam masa yang sama masa tu dekat tempat belajar aku juga ada taklimat pagi tu. Walaupun, event mula petang macam tu tapi sebab aku ajak kawan-kawan aku semua taknak dan ramai yang nak balik rumah masatu. Tiba-tiba, dapat tahu pula ada Meet & Greet lagi masa 6/5. Apa yang lagi seronok, ramai lagi yang datang termasuk Randy dengan Brandon. Okay, masatu aku memang nekad nak pergi dah. Aku pun memang fikir yang lebih baik aku pergi seorang daripada aku bawa kawan yang terpaksa. Nanti kesian pula dia kena tunggu aku. Jadi, okay aku nekad untuk pergi seorang! Hehehehehe

Lepastu, dalam fikiran aku mula pula terfikir takkan aku sanggup pergi jumpa diaorang tapi aku tak balik rumah jumpa ibu ayah aku. Siapa lagi penting sekarang ? Jadi, aku pun buat keputusan untuk balik rumah juga dekat Penang.

Aku pun baliklah ke rumah tarikh 2/5, jam 3.40 petang macam tu dengan menaiki ETS. Disebabkan aku nak balik rumah sekejap saja jadi, aku nekad juga balik naik ETS tu dengan harga tiket waktu tu hmmmm biarlah rahsia. Hahahaha

Aku balik sekejap juga bukan apa. Ibu dengan ayah sebenarnya ada dekat rumah 2/5 – 3/5 sahaja. Tapi, disebabkan aku nak balik dekat KL semula 6/5 juga sebab nanti aku nak gerak ke PWTC terus jaa dari KL Sentral. Oleh itu, aku buat keputusan supaya kawan-kawan aku teman aku dekat rumah. Rasanya, masatu macam semua impian aku dapat tercapai. Hihihihi

Aku tak tahu kenapa tapi aku memang suka kawan-kawan aku duduk rumah aku sambil masak sekali. Memang la orang kata kena layan tetamu, kita yang jamu. Tapi, emmm emmmm nak juga rasa pengalaman masak sekali ramai-ramai tu. Aku pun ajaklah geng-geng yang dah habis asasi ni untuk teman aku. Okay, entri seterusnya tentang keadaan kami dekat rumah.

Jadi, entri ini adalah untuk menceritakan planning aku jaa rupanya. HahahahaXD

Monday, January 15, 2018

Keindahan Selepas SPM

Assalammualaikum 😃
Memandangkan aku bakal bergelar seorang guru bahasa Melayu, In Shaa Allah doakan bersama. Maka, entri kali ini aku cabar diri aku untuk menaip sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Nampak macam mudah tapi sebenarnya menaip sepenuhnya bahasa Melayu tanpa bahasa Inggeris bukan suatu yang mudah tambahan lagi bila tak nak menjadikan ayat itu terlalu formal sebab ini penulisan yang bersahaja bukannya jawapan karangan 🤣

Baiklah, kita teruskan dengan tajuk yang ingin diceritakan ya 😉

Sebenarnya, baru ada masa ya nak cerita apa yang indah sangat aku buat masa lepas SPM. Emmm, baru ada masa laa sangat kan. Hahahaha. Bulan Disember, aku berehat, bermalasan laa sekejap. Hihi aku hanya duduk dekat rumah dan mungkin masa itu aku banyak habiskan masa dengan komputer riba. Walaubagaimanapun, aku masih tidak habiskan semua drama dan filem yang ada dalam cakera keras (hard disk) dan sampai sekarang pun masih tak habis. Hehehehehe





Kemudian, bulan Januari 2017 barulah aku mula mencari kerja. Woww, dah setahun rupanya. Masa itu, ada seorang kawan tawarkan untuk kerja dekat bengkel kereta dengan mak saudara dia. Aku pun masa itu tak pandai nak cari kerja dah. Jadi, aku buat keputusan untuk pergi la kerja sambilan dekat situ sekejap. Aku bersyukur aku pernah bekerja dekat bengkel kereta sebab niat aku juga masatu nak kumpul pengalaman. Kerja aku ringan saja dekat situ iaitu aku kira stok. Cabaran bagi aku dekat situ kena tahan dengan habuk dengan minyak sikit biasa laa nama pun bengkel kereta kan. Kelebihannya, aku dapat kenal banyak jenama kereta dengan macam mana pengiraan harga barang. Aku ni memang tak tahu sangat jenama kereta jadi, baguslah aku tahu sikit. Aku tahu memandu kereta saja. Hahahaha. Lagi satu, kadang kerja aku kemaskan resit-resit. Aku biasa laa dengan nama bengkel-bengkel lain. Bila aku lalu dekat BM tu, aku pun tunjuk laa kadang lagak dekat ayah.

Bulan Januari juga aku terlibat dengan program dekat sekolah lama aku. Oleh sebab kerja aku dekat bengkel tak terlalu ketat jadi, kadang aku pergi juga ikut mesyuarat untuk jayakan program tu. Jangan risau gaji aku masa itu ikut hari jadi, tiada isu gaji masa aku tak hadir itu. Semestinya seronok masa program, banyak pengalaman yang dapat bila bekerjasama dengan senior. Kami yang sebagai pelajar yang baru habis sekolah ini dapatlah tahu nak menghasilkan kertas kerja yang lebih baik. Terima kasih kepada semua yang terlilbat termasuk adik-adik yang sama ada terpaksa atau ikhlas. Hahahahahaha. Saya berharap ya ada manfaat yang kalian dapat walaupun sikit.

Selepas sebulan, aku berhenti kerja dekat bengkel. Bulan Februari, lepas AJ, Syikin, Izzah, dan Aisyah Az dah masuk kerja dekat kilang kemudian aku pun ikut serta. Pengalaman kerja dekat kilang sangat menarik. Masa ini macam-macam perkara banyak bermain dalam minda aku. Masa itu, otak aku sentiasa buatkan aku berfikir seccara matang. Aku bersyukur atas pengalaman yang aku dapat masa itu.

Nak cerita ke hari pertama masuk kilang? Kepada rakan-rakan kilang aku, mereka dah muak dengar cerita gedik aku yang ini. Hahahahaha 🤣 Sebagai kenangan masa hadapan aku maka, aku taip juga lagi cerita ini. Walaupun, dekat twitter memang dah banyak aku cerita.

Hari pertama aku biasalah bermula dengan temu duga. Selepas itu, alhamdulillah masuk kerja. Betapa bersyukurnya aku walaupun tak dapat sama baris dengan Aisyah Az dan Izzah tapi dapat satu bahagian dengan mereka. Cerita dekat kilang ni kan seronok kalau aku buat entri khas. Ok memandangkan sekarang waktu aku tengah taip dah jam 12 malam. Jadi, aku habiskan cerita hari pertama aku dekat kilang. Cerita selanjutnya, aku buat entri lain.

Masuk saja dekat bahagian yang aku kena kerja, mata aku pandang orang sebelah Aisyah Az. Saya minta maaf Aisyah, saya tertengok orang sebelah awak pula. Hahahaha. Muka dia macam Randy Pangalila ! ! ! ! ! Okey, sekarang aku dah tak ingat dah cuma benda kelakar macam ini aku ceritakan sajalah.

Okey, kita sambung nanti entri khas dekat kilang walaupun aku kerja 2 bulan saja tapi banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat 😄

Jumpa lagi ✌