Tuesday, December 31, 2019

Akan Datang, 2020!!!

Assalammualaikum 😀


Lagi beberapa jam akan masuk tahun baru, 2020!!!
Dah azam 2020 belum? Aku? Azam tahun 2019 pun aku tak pasti apa dia 😅 Baiklah, untuk tahun 2020 ni aku rasa aku perlulah ada azam sebab dah makin tua kan takkan tak nak ada kemajuan dalam diri. Sampai bila nak sama jaa aicewahhh.

Entri kalini ialah sekadar sembang santai nak masuk 2020. Aku takda isi nak taip apa sangat cuma nak luahkan jaa laa apa-apa. Entri kalini juga aku takkan kongsi dekat laman sosial yang lain seperti Twitter dan igs. Entri ni kalau orang baca, bacalah. Kalau tak, aku jaa laa yang baca sampai tahun depan dan tahun-tahun mendatang. Hahahahahah sedih 😅

Tahun 2020, umur aku 21 😱 Ok umur korang berapa tahun 2020? Hahahahaha Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini dan terus melakukan perubahan diri ke arah kebaikan. Tahun 2019, aku rasa macam pada penghujung tahun mungkin aku baru dapat kesedaran. Tak tahu laa sepanjang 2019 tu apa yang aku buat. Hmmmm sejujurnya, aku rasa 2018 aku lebih baik berbanding 2019 tapi syukur kesedaran tu ada pada penghujung tahun 2019. Jadi, dapatlah aku berfikir azam 2020 ni. 

Nak cerita tentang azam aku 2020 ni aku rasa aku kena rahsiakan sebab perkara peribadi aku. Ada benda yang aku boleh nak kongsi tapi ada benda yang perlu dirahsiakan. Jadi, aku berdoa jaa laa secara umum untuk semua.

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2019. Yang mana baik kita teruskan, yang mana tidak kita jadikan sempadan dan pengajaran. Moga-moga kita menjadi lebih baik pada tahun akan datang. Keduanya, saya berdoa buat anda semua dan saya agar tahun 2020 ni kita sama-sama perbaiki diri sama ada untuk kehidupan, akhirat, pendidikan, kerjaya, akhlak antara manusia dan sebagainya. Moga tahun 2020 ini menjadi tahun yang bermakna buat kita semua. Lagi beberapa jam kita akan mula mencipta kenangan yang baru. Semoga kita mulakan tahun baru kita dengan permulaan yang baik dan berkesudahan dengan baik.

Di kesempatan ini juga, walaupun saya tak pasti orang akan membacanya atau tidak tapi bagi yang membaca, saya memohon maaf andai ada melakukan kesalahan sama ada saya sedar ataupun tidak sedar. Harap kita mulakan tahun 2020 ini dengan saling bermaafan agar kehidupan kita juga tenang. Saya doakan kita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan sama ada melibatkan orang lain atau dugaan terhadap diri kita sendiri.

Akhir kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2020 🎆

Saturday, December 14, 2019

Ulasan Buku: Arkitek Jalanan

Assalammualaikum 💓

Ulasan buku kalini berjudul Arkitek Jalanan yang merupakan hasil penulisan Teme Abdullah. Buku ini merupakan buku siri kedua dalam Siri Jalanan. Sebenarnya, idea untuk aku menaip pelbagai ulasan buku dalam blog aku ni bermula selepas aku baca buku Arkitek Jalanan tetapi untuk bertindak adil terhadap semua buku yang aku baca pada ketika itu jadi, aku mula membuat ulasan buku dengan buku-buku yang lain juga. Untuk pengetahuan, buku pertama yang aku buat ulasan dalam blog aku ialah buku Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstantinopel). Aku semak tarikh dalam bulan Mei aku ulas mengenai buku tu jadi, maksudnya dalam bulan Mei laa aku banyak membaca buku-buku lain yang aku ulas masatu juga. 



Buku Arkitek Jalanan ni pun sebenarnya aku dah baca dalam bulan Mei haritu tapi baru berkesempatan nak masukkan ulasan ni dalam blog harini. Walau bagaimanapun, sebenarnya aku dah buat satu ulasan mengenai buku ni dalam satu Microsoft Word dalam komputer riba untuk dihantar ke unit perpustakaan tempat aku belajar haritu. Jadi, aku salin semula laa ya 😉 Aku memang dah menaip sepenuh hati haritu, jangan risau hehehehe dan macam biasa SPOILER ALERT!!!! (ni betul-betul spoiler alert sebab asalnya kan nak hantar dekat unit perpustakaan)


Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tajuk Buku:
ARKITEK JALANAN
2.
Pengarang:
TEME ABDULLAH
3.
Tahun diterbitkan:

APRIL 2017
4.
Diterbitkan oleh:
IMAN PUBLICATION SDN BHD
5.
Sinopsis Buku Yang Dibaca:
Buku ini mengisahkan pengalaman penulis (Teme) semasa menuntut ilmu di sebuah universiti di luar negara dalam bidang Arkitek. Buku ini juga merupakan sambungan penceritaan daripada buku Pelukis Jalanan.
Jika buku Penulis Jalanan mengisahkan pengalaman Teme semasa melanjutkan pengajian pada tahun pertama di universiti berkenaan. Arkitek Jalanan pula mengisahkan pengalaman Teme dan rakannya, Ahmad pada tahun akhir pengajian.

Teme berazam untuk mendapatkan Ijazah Kelas Pertama manakala Ahmad lebih berkeinginan untuk bekerja di luar negara. Impian yang ingin dicapai tidak semudah kata-kata yang disampaikan. Tanpa usaha, tidak akan terhasil sebuah kejayaan. Begitulah yang diceritakan dalam buku ini. Ahmad, seorang yang kurang berkeyakinan apabila melibatkan tugasan hasil lukisan tangan namun, Teme banyak mendorongnya dan meyakinkannya bahawa dia mampu untuk melakukannya. Ahmad juga pernah menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan pengajian di situ. Teme, sebagai seorang sahabat sentiasa memberikan nasihat kepada Ahmad kerana dirinya sendiri pernah melakukan kesilapan itu sebelum menuntut pengajian di luar negara.

Tugasan demi tugasan akhir banyak yang dilakukan oleh mereka. Mereka berusaha untuk mendapatkan markah terbaik agar layak mendapat Ijazah Kelas Pertama. Namun, terdapat satu tugasan Teme yang markahnya di luar jangkaan beliau. Ahmad pula berperanan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada Teme.

Terdapat satu peristiwa pula, Teme mengorbankan masa cuti beliau untuk menyiapkan projek akhir semester akhir beliau. Pada ketika tugasan itu hampir siap keseluruhannya dan tempoh percutian yang tinggal sedikit, ujian menimpa Teme apabila komputer riba yang mengandungi segala maklumat projek dan tugasan akhirnya rosak kerana Teme terpijaknya. Ahmad yang baru pulang daripada percutian melihat dugaan yang menimpa Teme, Ahmad cuba memberikan sokongan kepada Teme agar beliau tidak berputus asa dan terus mencari jalan. Berbaki masa yang suntuk, Teme tekad untuk menyiapkan projek akhirnya menggunakan tangan. Beliau membeli kertas A0 untuk melakar projek beliau. Usaha Teme dipuji oleh pensyarah yang menilainya.

Pada penghujung pernceritaan, Teme memberitahu keputusan pengajian akhir mereka. Ahmad berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama namun sekali lagi, Teme kecewa kerana beliau tidak berjaya mendapatkan keputusan seperti yang diharapkannya. Beliau menyalahkan dirinya yang membuang masa ketika itu kerana di samping melaksanakan projek akhir beliau juga menulis sebuah buku yang berjudul ‘Pelukis Jalanan’. Beliau membuang manuskrip buku tersebut ke dalam tong sampah. Namun, Ahmad terjumpa manuskrip itu dan bertanyakan kepada Teme kekecewaan yang dihadapinya. Ahmad menekankan kepada Teme bahawa keputusan akhir pengajian mereka bukan segalanya kerana sebenarnya banyak lagi kejayaan yang telah Teme kecapi dan sekiranya Teme tetap berkeras untuk tidak mahu meneruskan menulis buku itu maka, Ahmad akan membuang kembali manuskrip tersebut. Setelah berfikir lama, Teme berjumpa Ahmad semula dan mengubah fikiran untuk menyambung menulis buku ‘Pelukis Jalanan’.

Para pelajar kelas Teme berpeluang untuk ditemu duga dan menempatkan diri untuk bekerja di negara tersebut. Teme dan Ahmad bersiap dengan temu duga tersebut. Sebelum berakhirnya pengajian mereka di sana, terdapat satu pameran diadakan di universiti berkenaan yang memaparkan tugasan-tugasan pelajar tahun akhir yang cemerlang. Teme amat terkejut apabila penulisannya terpilih untuk dipamerkan kerana penulisan beliau itu pernah mendapat gred C pada peringkat awal. Oleh kerana gred yang rendah itu, Teme berusaha keras untuk memperbaiki penulisannya. Teme sememangnya berhasrat agar penulisannya dipamerkan kerana jarang sekali pelajar dari negaranya dapat melakukannya. Dalam penulisan itu juga Teme menyelit nilai-nilai Islam agar diketahui oleh masyarakat luar. Semasa Teme dan Ahmad sibuk memerhati di sekeliling pameran, pensyarah mereka berjumpa mereka dan mengucapkan tahniah kepada Teme. Beliau meminta Teme membuka emel yang telah dihantar kepadanya. Ternyata Teme telah berjaya untuk bekerja di sebuah syarikat di negara tersebut.

Manusia merancang dan Tuhan yang menentukan. Itulah yang terjadi dalam kisah ini. Teme yang berhasrat untuk mendapat Kelas Ijazah Pertama sebaliknya menjadi milik Ahmad manakala, Ahmad yang berhasrat bekerja di luar negara sebaliknya menjadi milik Teme.


6.

Manfaat/
pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:
Terdapat banyak manfaat yang saya perolehi daripada buku ini. Antaranya, buku ini mengajar saya kepentingan bersahabat dengan seseorang yang ikhlas dengan kita. Seseorang yang boleh saling memberikan sokongan, dorongan dan motivasi. Kemudian, buku ini mengajar seseorang untuk tidak berputus asa dan terus berusaha untuk melakukan sesuatu dengan baik. Seterusnya, buku ini megajar kita agar meletakkan matlamat yang tinggi untuk mencapai sesuatu dan bagi mencapai matlamat itu kita perlu berusaha sebaiknya namun, apabila matlamat itu kita tidak berjaya capai, kita harus yakin bahawa ada hikmah di sebalik semuanya. Kita harus percaya kepada rezeki lain yang akan dikurniakan Tuhan. Pengalaman penulis menuntut ilmu di luar negara juga mengajar kita agar bersikap berdikari dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Kan aku dah kata 😂 Ni betul-betul spoiler. Ok jadi bagi sesiapa yang nak baca ulasan buku Siri Pertama Jalanan iaitu Pelukis Jalanan boleh klik sini ! Pelukis Jalanan aku tak spoiler sangat 😁 

Memandangkan aku ada banyak lipat helaian dekat buku Arkitek Jalanan yang mana petikan ayat yang menarik jadi, aku nak kongsikan beberapa petikan dekat sini.


Kalau kau putus asa dalam berusaha, sampai bila-bila kau takkan mahir. When you're about to give up to learn or master something, remember, everything that is now easy for you was once super tough in the beginning.

Betapa banyak perkara yang kita minta, tetapi kita gagal memperolehinya. Lalu kita sangka, Allah tidak hiraukan doa hamba-Nya. Kita mulai prejudis dan bersangka buruk ke atas inayat Tuhan. Walhal, Dia memakbulkan dengan cara yang terkadang kita tidak perasan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya, sedang kita tidak tahu. 

 Apakah sama tarafnya seorang yang berharta dan didermakan sebahagian jika dibandingkan dengan seorang miskin yang tidak punya apa-apa melainkan 2 keping syiling, lalu didermakan kesemuanya? Nilai sesuatu amal itu bukanlah pada kuantiti, tetapi pada kualiti sesuatu ibadah.

You're allowed to cry,
You're allowed to squeeze your head,
You're allowed to feel exhausted and rest for a while,
But don't stop. Don't give up. Keep moving...  

"Perkara yang pertama manusia perlu lakukan ialah berdamai dengan dirinya sendiri. Dia perlu terima hakikat yang dirinya mempunyai keburukan. Dirinya tidak selalu hebat. Barulah dia akan mula berdamai dengan orang sekelilingnya. Barulah dia boleh membawa mesej damai kepada dunia. Islam itu bermaksud damai. Bila kita dah berdamai dengan diri, kita akan berdamai dengan Tuhan.
Ada pendakwah yang kita lihat dia berperang, kita lihat dia luka berdarah. Tapi hakikatnya, hatinya damai. Ada pendakwah pula kita lihat tenang, jualan buku dakwahnya laris, dijemput ke san sini memberi ceramah. Tetapi jiwanya tidak tenteram. Dia bertarung dengan kerisaunya pada manusia.
Tiap-tiap hari dia buka Facebook, belek Twitter, baca e-mel dengan kerisauan, akan ada orang menentang dirinya. Dia risau orang mengumpat tentang dirinya. Dia risau orang tidak melihat dirinya sebagai orang yang baik. Orang seperti ini, dia belum lagi menjumpai damai. Lalu dia dedikasikan perjuangannya untuk menunjukkan dialah pendakwah sejati. Bukan nak tunjuk Islamlah agama yang sejati. Dia nak tunjuk dia tidak salah. Bukan nak tunjuk agama yang tidak salah."

"Teme, how do we produce great work?"
"Enjoy the process! Haha."

Itu sahaja yang aku nak berkongsi mengenai buku ni. Lebih banyak sikit dekat buku ni sebab aku memang sangat suka buku ni, secukup rasa! In Shaa Allah, lepasni aku kongsi ulasan buku yang lain pula. Assalammualaikum 😊 

Monday, December 9, 2019

Ulasan Buku: Pelukis Jalanan

Assalammualaikum 😎


Ulasan buku harini agak istimewa sebab dekat post sebelum siap ada cerita di sebalik lagi 😜 Hihihi
Judul buku ini ialah Pelukis Jalanan hasil karya Teme Abdullah. Kalau siapa yang baca buku dia tahu bahawa penulis tidak menunjukkan wajahnya kepada umum. Menurut penulis, tujuan beliau menulis adalah untuk menyampaikan sesuatu ilmu dan apa yang beliau rasa perlu untuk dikongsi. Beliau tidak mahu dikenali jadi, sebagai pembaca bukunya kita hormat keputusan beliau 😇

Pelukis Jalanan ialah buku pertama beliau yang aku baca dan aku terus tertarik untuk membaca lagi kesemua siri jalanan. Hehehehe
Buku ini berkisarkan perjalanan penulis ketika belajar di United Kingdom. Apa yang kita nampak tidak seindah apa yang dilalui oleh beliau. Kesilapan yang pernah beliau lakukan menuntut beliau untuk menebus kembali kesalahan tersebut. 

SPOILER ALERT !!!! (tahap teruja aku cerita boleh jadi aku cerita semua)

Penulis menceritakan perjalanan beliau berlajar di luar negara tanpa mendapat bantuan biasiswa kerana kesilapan yang beliau lakukan semasa menduduki peperiksaan A-Level. Penulis sebenarnya ditawarkan biasiswa menyambung pelajaran ke luar negara dengan syarat memperoleh 12 mata bagi peperiksaan A-Level. Suatu ketika, penulis berjaya memperoleh keuntungan yang lumayan dengan kerja sampingan yang beliau lakukan semasa persediaan menduduki peperiksaan itu. Penulis menjadi leka dan berfikir kemungkinan untuk beliau tidak mahu menyambung pelajaran. Walau bagaimanapun, dua bulan sebelum menduduki peperiksaan tersebut pelnulis sedar kepentingan beliau untuk terus menuntut ilmu. Penulis berusaha sedaya upaya untuk mengejar kembali apa yang beliau tinggal sepanjang leka menguruskan perniagaan. Namun demikian, keputusan tidak berpihak kepada beliau. (nak tahu berapa mata penulis dapat? baca buku! *cuba taknak spoiler semua padahal hampir semua dah 😅)

Berikutan itu, penulis berusaha mencari jalan untuk terus menyambung pelajaran namun universiti tempatan tidak menerima keputusan A-Level beliau. Jalan yang ada, penulis perlu terus menyambung pelajaran ke luar negara tanpa biasiswa. Hasil daripada perniagaan penulis sebelum ini, penulis menggunakan wang tersebut untuk menyambungkan pelajaran. 

Nak tahu cukup ke tidak wang tersebut semua boleh baca dengan lebih lanjut dekat buku tapi kalau korang jenis tak kisah spoiler aku boleh jaa ceritakan. Hahahahaha

Sepanjang penulis berada di luar negara, bermulalah segala cabaran yang perlu dihadapi penulis. Banyak perkara yang penulis perlu lakukan untuk menampung kehidupan penulis berada di sana. Kemudian, penulis menceritakan bagaimana perjalanannya semakin mudah apabila beliau menggunakan bakat yang dimiliki oleh beliau.

Ok dah cukup aku cerita. Aku harap aku tak spoiler banyak sangat 😅

Apa yang aku dapat sepanjang baca buku ni, terlalu banyak yang baru aku sedar. Contohnya, kita nampak seronok mereka yang belajar di luar negara ni. Hakikatnya, kita tak tahu apa kesulitan yang kadang mereka terpaksa hadapi terutamanya bagi mereka yang menanggung semuanya sendiri. Kemudian, dapat aku lihat betapa penulis menjaga kehidupan Islam itu di luar negara. Ohh yaa, dalam buku ni banyak ilmu atau pesanan dari ayat al-Quran juga. Penulis nasihat buat dirinya sambil kita berfikir bahawa nasihat itu juga buat kita sebenarnya. Aku sangat mencadangkan para pelajar untuk membaca buku ini. 

Buat penulis, terima kasih kerana menghasilkan karya ini di saat anda sedang bergelut ketika di tahun akhir. Sesungguhnya, cerita anda banyak menginspirasikan kami. Semoga anda terus berjaya di dunia dan akhirat 💖 Semoga anda terus mendapat ilham untuk terus berkarya bagi menyampaikan pesanan yang baik buat masyarakat. 

Saturday, December 7, 2019

Di Sebalik Pelukis Jalanan

Assalammualaikum 😊
Buku yang aku nak ulas ialah karya dari seseorang yang terkenal dalam kalangan anak muda 👏
Sejujurnya aku mengenali beliau dari Nani pada tahun 2017. Aku tak pernah kenal siapa dia sebelum ni. Masa dekat pesta buku, aku jalan dengan Nani masatu lepastu, dia bawa aku pergi dekat tempat buku Teme. Dia teruja laa juga beli. Aku tanya laa kenapa dengan buku ni? Sebab masatu tak sampai dekat pengetahuan aku lagi yang buku tu terkenal. Nani berfikir-fikir nak ambil yang mana. Aku pun cari tahu laa kenapa dengan buku tu. Uyoooo aku baru tahu betapa terkenalnya buku tu. Hahahahaha

Masa hari apa ntah tapi yang pasti sebelum hari kitaorang datang PBAKL2017 Teme tu ada buat M&G. Kalau aku tahu awal tu, mesti aku antara orang yang beratur dekat situ juga. Hahahahahaha syukur aku tahu lewat tidak, aku ni tindakan di luar jangkaan. Hahahahahaha 2017 saja aku berjaya jumpa 5 orang yang aku teringin nak jumpa. Hahahahahaha

Tapi, lepas daripada tu habis situ jee laa cuma aku mula ikut ig dengan twitter dia sebab lukisan dia cantik dan dia selalu rt orang yang quote penulisan dalam buku dia. Itupun, aku masih tak tergerak nak baca buku dia mungkin sebab buku yang aku beli pun tak terhabis baca lagi sehingga ke hari ini. Hahahaha ada laa juga aku tanya macam nak baca dari Nani tapi bila Nani kata tinggal kat rumah aku macam haa ok. Takda laa nak gigih pula cari.

Tiba-tiba, baru-baru ni ada satu posting dekat twitter dia muat naik dekat twitter video petik gitar lagu Can't Help Falling In Love With You. Aku nampak jee gambar gitar mula terus aku tekan play. Hahahahaha aku kan suka orang yang tahu main instrumen muzik ni. Hahahahaha baru laa aku tahu yang rupanya dia menyanyi juga. Hahahahahaha lepastu hari bila ntah ada pula dia muat naik video petik gitar lagu Sumpah. Aku dengar sampai habis!

Lepastu, sekarang bulan Ramadhan lepastu aku rasa macam tak nak laa buang masa walaupun hakikatnya banyak juga aku dah buang masa. Ntah macam mana aku boleh nekad nak beli semua buku Teme. Masa balik kampung, Achik ajak pergi Aeon. Aku ambil kesempatan tu masuk Popular dan cakap dalam hati "kalau ditakdirkan aku jumpa buku tu, aku nak beli semua". Tak tahu mana datang idea nak beli semua tu sekali gus yaa. Macam kena rasuk aku. Hahahahahaha tiba-tiba aku terjumpa salah satu buku Teme dekat ruangan pilihan pembaca kot. Lepastu, aku terjumpa lagi dan lagi buku dia. Kebetulan masatu, semua buku dia dapat diskaun 20%. Jadi, aku ambil empat buah buku dia. Hahahahahahaha aku tak sangka aku beli semua tu sekali gus. Hahahahhaahaha

Balik rumah buka hashtag buku-buku dia baru aku tahu rupanya ada lagi dua buku yang aku tak beli. Hahahahaha aku fikir aku dah beli semua rupanya ada lagi dua. Syukur aku tak jumpa masa aku ambil empat sekali haritu kalau tak, duit aku semua aku keluar sekaligus masatu. Hahahahahaha

Lepas aku dah baca Pelukis Jalanan, aku stalk ig dia nak tengok gambar-gambar lukisan dia sekali laa terbaca kapsyen dia. Menarik yaa penulisan kapsyen dia. Bukan macam aku, ntah apa-apa taip kapsyen kadang emoji jaa sebab taktahu nak taip apa. Hahahahaha lepastu, baru laa aku tahu yang dia ada buat macam misi harta karun iaitu dia letak secara rawak sticky note dan pembaca tinggal beli jee laa. Haaa mula laa aku teringin nak dapat sticky note tu sebab aku memang suka benda-benda manis giniii tapi malangnya lama dah yaa dia buat sticky note macam tu. Huhuhuhu

Memandangkan aku tak beli lagi dua buah buku dia maka, aku berharap dia buat macam tu lagi dan semoga aku insan yang terpilih mendapat sticky note itu. Hahahahaha tapi aku tak sabar nak baca lagi dua buah buku dia camna? Errrrrr -,- takpaa laa dah habis baca semua buku dia empat-empat tu baru aku fikir lain. Hahahahaha setakat ni baru habis baca dua buah. Dua buah tu nanti aku ulas. Hihihihi

Ok itu laa di sebalik aku dapatkan buku pelukis jalanan dan lain-lain sebenarnya. Hahahaha k Assalammualaikum 😇