Monday, December 9, 2019

Ulasan Buku: Pelukis Jalanan

Assalammualaikum 😎


Ulasan buku harini agak istimewa sebab dekat post sebelum siap ada cerita di sebalik lagi 😜 Hihihi
Judul buku ini ialah Pelukis Jalanan hasil karya Teme Abdullah. Kalau siapa yang baca buku dia tahu bahawa penulis tidak menunjukkan wajahnya kepada umum. Menurut penulis, tujuan beliau menulis adalah untuk menyampaikan sesuatu ilmu dan apa yang beliau rasa perlu untuk dikongsi. Beliau tidak mahu dikenali jadi, sebagai pembaca bukunya kita hormat keputusan beliau 😇

Pelukis Jalanan ialah buku pertama beliau yang aku baca dan aku terus tertarik untuk membaca lagi kesemua siri jalanan. Hehehehe
Buku ini berkisarkan perjalanan penulis ketika belajar di United Kingdom. Apa yang kita nampak tidak seindah apa yang dilalui oleh beliau. Kesilapan yang pernah beliau lakukan menuntut beliau untuk menebus kembali kesalahan tersebut. 

SPOILER ALERT !!!! (tahap teruja aku cerita boleh jadi aku cerita semua)

Penulis menceritakan perjalanan beliau berlajar di luar negara tanpa mendapat bantuan biasiswa kerana kesilapan yang beliau lakukan semasa menduduki peperiksaan A-Level. Penulis sebenarnya ditawarkan biasiswa menyambung pelajaran ke luar negara dengan syarat memperoleh 12 mata bagi peperiksaan A-Level. Suatu ketika, penulis berjaya memperoleh keuntungan yang lumayan dengan kerja sampingan yang beliau lakukan semasa persediaan menduduki peperiksaan itu. Penulis menjadi leka dan berfikir kemungkinan untuk beliau tidak mahu menyambung pelajaran. Walau bagaimanapun, dua bulan sebelum menduduki peperiksaan tersebut pelnulis sedar kepentingan beliau untuk terus menuntut ilmu. Penulis berusaha sedaya upaya untuk mengejar kembali apa yang beliau tinggal sepanjang leka menguruskan perniagaan. Namun demikian, keputusan tidak berpihak kepada beliau. (nak tahu berapa mata penulis dapat? baca buku! *cuba taknak spoiler semua padahal hampir semua dah 😅)

Berikutan itu, penulis berusaha mencari jalan untuk terus menyambung pelajaran namun universiti tempatan tidak menerima keputusan A-Level beliau. Jalan yang ada, penulis perlu terus menyambung pelajaran ke luar negara tanpa biasiswa. Hasil daripada perniagaan penulis sebelum ini, penulis menggunakan wang tersebut untuk menyambungkan pelajaran. 

Nak tahu cukup ke tidak wang tersebut semua boleh baca dengan lebih lanjut dekat buku tapi kalau korang jenis tak kisah spoiler aku boleh jaa ceritakan. Hahahahaha

Sepanjang penulis berada di luar negara, bermulalah segala cabaran yang perlu dihadapi penulis. Banyak perkara yang penulis perlu lakukan untuk menampung kehidupan penulis berada di sana. Kemudian, penulis menceritakan bagaimana perjalanannya semakin mudah apabila beliau menggunakan bakat yang dimiliki oleh beliau.

Ok dah cukup aku cerita. Aku harap aku tak spoiler banyak sangat 😅

Apa yang aku dapat sepanjang baca buku ni, terlalu banyak yang baru aku sedar. Contohnya, kita nampak seronok mereka yang belajar di luar negara ni. Hakikatnya, kita tak tahu apa kesulitan yang kadang mereka terpaksa hadapi terutamanya bagi mereka yang menanggung semuanya sendiri. Kemudian, dapat aku lihat betapa penulis menjaga kehidupan Islam itu di luar negara. Ohh yaa, dalam buku ni banyak ilmu atau pesanan dari ayat al-Quran juga. Penulis nasihat buat dirinya sambil kita berfikir bahawa nasihat itu juga buat kita sebenarnya. Aku sangat mencadangkan para pelajar untuk membaca buku ini. 

Buat penulis, terima kasih kerana menghasilkan karya ini di saat anda sedang bergelut ketika di tahun akhir. Sesungguhnya, cerita anda banyak menginspirasikan kami. Semoga anda terus berjaya di dunia dan akhirat 💖 Semoga anda terus mendapat ilham untuk terus berkarya bagi menyampaikan pesanan yang baik buat masyarakat. 

No comments :