Wednesday, June 10, 2020

Penghargaan daripada Niqiysa Shop

Assalammualaikum semua :)
Lama tidak berjumpa bukan? Hihihi maklum laa sekarang saya dah bergerak ke trend terkini juga iaitu Youtube Channel 😂 Hahaha ok yang mana belum subscribe boleh subscribe Nrlasyiqinftni :)
Ok cukup promosikan Youtube Channel. Kita akan ke topik asal kita iaitu Penghargaan daripada Niqiysa Shop.

Hari ini, 10 Jun 2020 akhirnya akaun ig shop yang saya bina pada 7 Januari 2020 mencapai 300+ followers 👏👏👏👏👏

Instagram shop: @niqiysa.shop

Sejujurnya, berbulan juga saya struggle untuk majukan akaun igshop ini. Apa yang menyebabkan saya sedih sebab saya pernah ada akaun igshop sebelum ini yang dah capai 500+ followers pun tapi disebabkan saya dah lupa password akaun yang tu termasuk password email untuk akaun tu jadi, saya tak dapat balik akaun tu. Perniagaan masa tahun 2017 saya terpaksa hentikan atas suatu kejadian yang agak pahit tapi pengajaran yang sangat berguna (yang tahu jaa tahu).
Jadi, masa awal tahun 2020 saya nekad untuk bina akaun baru untuk bina perniagaan baru walaupun mengambil masa yang lama. 

Akaun igshop lama pada tahun 2017

Atas kejayaan yang baru saja saya terima (tak besar tapi cukup bermakna untuk saya teruskan perjuangan), saya akan berikan penghargaan kepada mereka yang buatkan saya untuk meneruskan perjuangan ini.

Pertama sekali, ada seseorang yang buatkan saya ingin majukan diri saya untuk jadi lebih baik tapi saya tak boleh cerita siapa dia. Yang pasti, orangnya pun tidak mengenali saya. Cuma, saya sangat terinspirasi dengan kejayaan yang dia dah miliki. Jadi, ada suatu hari ini saya tanya dekat dia melalui CuriousCat


Itu cuma random question 😂 Sebenarnya, bukan setakat jawapan dia yang setakat itu laa boleh buat terinspirasi. Banyak lagi tapi itulah titik permulaannya. Benda ni berlaku masa hujung tahun 2019 yang membuatkan saya ada plan azam baru untuk 2020. 

Masuk 2020, saya pun nekad untuk mulakan perniagaan balik yang kecil-kecilan. Saya bukan seorang yang suka menerima followers dekat ig sebenar saya dan saya seorang yang sangat pemalu untuk menjual. Masa tahun 2017, banyak yang saya buat senyap-senyap tanpa pengetahuan rakan-rakan dan followers ig sendiri tapi Alhamdulillah masatu dapat berjalan dengan baik sampai laa satu kejadian yang memberi pengajaran besar buat saya. 2020, saya cuba untuk bangkit dan buat semula yang baru.

Seorang Asyiqin lagi tak suka nak paksa orang untuk follow kalau dah memang tak suka. Saya ajak cuma kalau tak nak takpa tak perlu. Walaupun itu strategi marketing terbaik tapi saya kurang gemar begitu. Sebab tu, masa awal-awal buka ig Niqiysa Shop, saya tak follow followers akaun peribadi saya yang buatkan orang terpaksa untuk follow ig perniagaan saya. Jadi, saya cuma maklum dekat igs peribadi saya kepada yang berminat boleh follow akaun niqiysa.shop. 

Untuk itu, saya sangat berterima kasih kepada followers niqiysa.shop masa mula-mula saya buka akaun tu. Gambar bawah ini ialah post pertama saya mula-mula nak menggerakkan ig niqiysa.shop. Alhamdulillah masani, saya dapat followers kurang daripada 50 kalau tak silap. Terima kasih sangat untuk yang terawal follow tu. Mula-mula ni juga saya nak jual ANAS COSMETIC tapi lepastu, macam kurang nak bergerak sebab mungkin harga produk dia pun agak mahal untuk pelajar. Jadi, sekarang saya dah tukar kepada perniagaan yang harganya lebih sesuai dengan pelajar. Tapi, saya masih menjual ANAS COSMETIC cuma, sekarang ni dia ada tutup order dulu jadi, saya pun stop ANAS COSMETIC dulu. 


Memandangkan ini penulisan penghargaan jadi, saya tak cerita banyak macam mana lepastu saya pilih untuk tukar perniagaan lain.

Saya teruskan dengan ucapan terima kasih berikutnya untuk Payish! Khas tau, taip macam ni untuk dia. Hahahahaha masa dia awal-awal tahu saya buka igshop lepastu, dia akan tanya perkembangan. Lepastu, dia akan cerita dari hari ke hari macam mana nak majukan akaun ig tu. Lepastu, dia laa manusia yang akan komen dekat gambar barang-barang dalam ig tu. Jadi, TERIMA KASIH UNTUK PAYISH!!! Ok semua orang boleh tengok igshop dia, dia ada jual headband, seluar dan kerepek kot kalau tak silap. Semoga perniagaan Payish berjalan lancar. Aminnnnn....

Instagram shop: @ngetehbola

Lepastu, terima kasih untuk pembeli yang terawal yang menyokong perniagaan saya. Dekat sini, saya nak sebut TERIMA KASIH SYAKIRAH DAN KAK MIRA 😊 Kalau takda pembeli yang terawal, sukar untuk saya nak tahu macam mana proses perjalanan ini. Jadi, terima kasih banyak sangat untuk kawan dan sepupu saya yang menyokong. Tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi tapi memang terima kasih sangat! sangat! sangat!

Kemudian, terima kasih lagi untuk DASHRUL ! Kalau tak sebab dia cakap untuk saya buat sedikit pelaburan. Saya tak akan buat 😂 Terima kasih sebab memberi sedikit penerangan dan penjelasan. Atas perbincangan semua itu maka, ada beberapa perubahan yang saya buat. Nak promote business dia tak bagitau dia buat apa tapi dia kata tolong abang dia dekat FB. Ok laa saya doakan Dashrul Hakimie terus maju jaya. TERIMA KASIH !!!

Lepastu, terima kasih buat NAJIHAH NUSRI yang tolong promosikan dekat ig peribadinya. Terima kasih sangat sebab lepas dia post tu naik yaa followers. TERIMA KASIH sebab sanggup edit gambar dan tulis ayat macam tu untuk bantu promosikan. SAYA SANGAT HARGAI!!! TERiMA KASIH 💓

Instagram Najihah Nusri: @najihahnusri


Akhir sekali, TERIMA KASIH UNTUK YANG JOIN GIVEAWAY !!!!!
Terima kasih untuk semua yang join giveaway sebab tanpa anda takkan berlaku peningkatan jumlah followers. Terima kasih sangat! In Shaa Allah, kalau ada rezeki lebih nanti saya akan selalu buat. Doa-doakan laa :)

Untuk Give away pertama, agak struggle untuk tarik orang nak join tapi Alhamdulillah berjaya juga untuk dilaksanakan. Masa ni, ada laa beberapa orang rakan sendiri yang saya dm dan ws untuk ajak join. Terima kasih sebab sudi terima pelawaan tersebut. Terima kasih sangat ! 


Ini lagi sekali akhir, kepada nama yang saya tidak sebut atau tertinggal tapi anda sedar anda terlibat sama dalam usaha ini. TERIMA KASIH BANYAK SANGAT-SANGAT!!! TERIMA KASIH UNTUK SEMUA FOLLOWERS! Terima kasih 💓

Sekarang, saya ada satu lagi misi untuk meningkatkan subscriber youtube 😅 Ini pun saya buat untuk Niqiysa Shop. Jadi, kalau berminat dan suka sudi-sudi laa subscribe Youtube Channel Nrlasyiqinftni :)

Subscribe, Like & Share

Sebagai penutup, anda yang membaca ni pun terima kasih!
Teruskan memberi sokongan kepada saya dan kepada sesiapa pun yang dah mulakan perniagaan atau apa sahaja yang anda lakukan, teruskan perjuangan dan semoga berjaya 😍

Assalammualaikum

p/s: Sekarang ini masih berjalan Giveaway Duit Raya Sesi Kedua di ig niqiysa.shop. Langkah penyertaan seperti di link caption gambar berikut:

Langkah Penyertaan






Friday, May 8, 2020

Crash Landing On You Hit Me So Bad


Hai
Assalammualaikum 😄

Tujuan penulisan kali ini hanyalah semata-mata kerana obsesi dan masih tidak mampu move on 😂
Berat untuk move on 😭 Tepat rupanya keputusan aku untuk tengok cerita selepas selesai semua tugasan hakiki. Aku tahu dan sangat kenal dengan diri aku yang kalau nak move on mengambil masa yang sangat lama. Semalam (7/5/2020), aku dah selesai habiskan semua episod drama ni. Lepastu, aku macam terdiam dan menjadi tidak keruan. Bahaya ya aku ni. Hahahahaha

Sejak aku selesai tengok semalam, bangun tidur teringat. Jalan sikit pusing-pusing dalam rumah teringat. Sikat rambut, teringat babak Captain Ri ikat rambut Seri. Malam, bila tak boleh tidur aku teringat babak Seri tak boleh tidur. Sekarang ni persoalannya, aku bercinta dengan drama ke apa? 😂 Aku pun sebenarnya tak tahu apa arah tujuan penulisan aku ni. Mungkin sekadar melepaskan perasaan sebab orang lain sebenarnya dah selesai lama tengok cerita ni dalam sebulan lepas. Aku macam sorang-sorang yang kena bertarung untuk move on sekarang. Hahahahaha

Tapi, aku suka tak move on ni. Ntah laa, itu memang diri aku. Ok aku dah nampak hala tuju sikit nak cerita apa. Selalunya, tak move on aku sebab pasangan drama tu dan jalan ceritanya lah. Tapi cerita ni, emosi aku sangat terganggu aku. Dia punya buat aku teringat tu semua benda. Aku tak ship pasangan ni tapi watak mereka dalam cerita tu memang menjadi dan aku suka. Watak-watak lain semua memberi kesan dekat aku. 

Tak pernah lagi aku tengok drama menangis sambil ambil tisu tapi cerita ni berjaya buat aku sampai ambil tisu. Filem pernah laa juga tarik tisu. Drama, ini pertama kali. Tapi, cerita ni dia punya kelakar pun aku gelak bersungguh ya. Heyyyy, apa menarik sangat cerita ni!!! Sejujurnya, jalan cerita dia memang fokus dekat watak utama macam tak kisah pun waktu bekerja ke apa tapi aku macam ahhh tak kisah. Selalunya, aku kisah laa juga ambil kira logik sikit. Tapi, cerita ni aku tak kisah sebab aku cuma suka! Hahahahaha

Perkembangan percintaan watak utama nampak tak cringe. Walaupun dah bercinta, nampak perangai tetap sama dari awal. Ahhh aku tak tahu nak cakap macam mana tapi emmm sebenarnya aku ulang juga tengok lagi sikit bila tv kat rumah takda orang guna. Hahahahaha dan bila aku tengok tu aku macam ouhh macam ni mereka ni awal-awal. Pergerakan cerita tu macam mana perasaan tu diterjemahkan ahhh aku suka. Lagi suka cerita ni buat macam destiny. Menarik lagi cerita ni keseluruhan waktu tayangan dia padat dengan informasi cerita tu. Selalu akan skip belakang sebab macam tak da apa. Depan pun bila tayang semula episod lepas, kadang aku skip. Tapi, cerita ni! Jangan skip! Akan ada babak tersembunyi dekat situ. Huhuhuhu aku suka sangat! 😭

Aku bukan nak cerita sinopsis atau nak memberi ulasan sangat tapi penulisan ini hanya luahan perasaan. Hahahahaha tapi kalau siapa yang tak tengok lagi memang penuh dengan spoiler ya aku bagi. Hahahaha cerita ini sangat recommend ya! Aku terus bagi ranking no.1 berdasarkan semua drama yang aku tengok. Yang aku tak tengok tak termasuk laa. Banyak benda lagi moral dalam cerita ni yang aku tak tahu nak ceritakan macam mana. Tapi, nanti bawah ni aku letak komen-komen orang aku jumpa dekat Youtube.

Ok sekarang nak cerita babak yang buat aku menangis. Episod 10😖 aku mula nangis dengan mengambil sehelai tisu. Tangisan aku tu bukan untuk percintaan watak utama tapi untuk seorang watak sampingan yang terpaksa bekerja dengan orang jahat yang terpaksa bunuh orang yang baik dengan dia. Ehhhh sedih laa ingat balik 😭 Banyak gila cerita menyahat hati masatu. Aku tak pasti laa hati aku yang terlampau lembut ke apa tapi bagi aku babak tu memang sedih sangat. Orang yang dia bunuh pulak abang kepada watak utama. Ok kita terus ke babak seterusnya, babak kedua sedih masih bukan sebab watak utama. Kali ni, sedih sebab kisah Seri dengan mak dia. Ok babak seterusnya, masa Captain Ri kena tahan dan beri penerangan. Jawapan Captain Ri dengan Seri lain dan jawapan Captain Ri agak menyakitkan hati ya sebab dia nak selamatkan Seri dekat Korea Selatan. Lepastu, Seri sedih dia jatuh pengsan sebab masatu dia tak baik sakit lagi. Tak lama lepastu, terus babak second lead actor. Ini lagi sedih sebab laki tu mati. (bagi terus ya spoiler 😂). Aku punya sedih yang tadi tak habis lagi tau, dia tambah-tambah sedih aku. Masani, dah 4 helai tisu kot. Hahahahaha lepastu, tibalah masa Captain Ri dan Seri berpisah. Ini pun sedih! Walaupun dah tahu, pengakhiran mesti bersama tapi ishhh tetap sedih. Ouh lupa nak cerita tadi, masa diaorang nak pisah kali ketiga tu pun sedih sikit dan lepastu, ishh suka Captain Ri tu langggar lintasan pastu peluk Seri. Hahahahahaha

Ok lagi babak sedih tapi takda teruk sangat tapi sebab dia asyik bersambung maka, tisu tu asyik lap air mata jaa. Hahahaha 😂 Bila Seri dah pisah dengan orang kampung belah sana. Bila Seri jumpa balik dengan 4 orang kawan Captain Ri tu. Emmm lagi tak pasti. Hahahaha lepastu, bahagian aku paling suka bila Seri kembali ke Korea Selatan dan semua terkejut. Part tembak-tembak nak dekat episod akhir tu pun menarik. Ahhh semua menarik! Terlalu banyak untuk diceritakan. Kehadiran 4 orang kawan Captain Ri tu lagi menghidupkan cerita. Watak-watak lawak macam orang kampung, mak dengan pak cik Seo Dan, abang sulung dengan kakak ipar Seri, pak cik tukang dengar tu pun kadang lawak sebab suka buat tafsiran sendiri. 

Ok apa lagi nak cerita? Semoga lepas aku dah tulis semua ni aku dapat move on sikit. Kesian cerita Itaewon Class aku tengah tengok sekarang. Aku tengok macam takda perasaan. Otak dan hati aku dekat tempat lain ya. Pastu, bila aku tengok balik CLOY dekat tv rumah bila aku duduk kat ruang tamu, aku senyum. Punyalah, sukar untuk move on. Lebih-lebih yang aku nak cakap ialah sama dengan komen Youtube yang aku letak bawah ni nanti. Jadi, cukuplaa setakat ini luahan aku agar segera dapat move on. Ouhh yaa! Aku hampir nak beli album OST CLOY sebab ahhh lawa dan sebab aku obses! Hahahaha

Ok, terima kasih jika ada yang sudi membaca. Kalau takda pun takpa sebab ni macam cerita merepek aku jaa untuk luahkan sesuatu. Nak cerita dekat orang lain sedetail ni macam emmm depa dah lama move on tau. Jadi, biar laa aku seorang melawan emosi sendiri sekarang. Lama-lama, nanti dia akan hilang sendiri. Ketika ini, aku layankan jaa laa perasaan aku. 😃 Annyeonggg 








Sebelum mengundur diri, saya tinggalkan medley piano yang dimainkan oleh Bella dan Lucas. 




Edit: Saya dah beli OST Album Crash Landing On You!!!! Yang nak tengok macam mana rupanya, boleh tengok dekat video bawah ni :) Kalau berminat nak tahu banyak lagi cerita saya, SUBSCRIBE LAAA!!!! Hihihihihihi :)





Tuesday, December 31, 2019

Akan Datang, 2020!!!

Assalammualaikum 😀


Lagi beberapa jam akan masuk tahun baru, 2020!!!
Dah azam 2020 belum? Aku? Azam tahun 2019 pun aku tak pasti apa dia 😅 Baiklah, untuk tahun 2020 ni aku rasa aku perlulah ada azam sebab dah makin tua kan takkan tak nak ada kemajuan dalam diri. Sampai bila nak sama jaa aicewahhh.

Entri kalini ialah sekadar sembang santai nak masuk 2020. Aku takda isi nak taip apa sangat cuma nak luahkan jaa laa apa-apa. Entri kalini juga aku takkan kongsi dekat laman sosial yang lain seperti Twitter dan igs. Entri ni kalau orang baca, bacalah. Kalau tak, aku jaa laa yang baca sampai tahun depan dan tahun-tahun mendatang. Hahahahahah sedih 😅

Tahun 2020, umur aku 21 😱 Ok umur korang berapa tahun 2020? Hahahahaha Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini dan terus melakukan perubahan diri ke arah kebaikan. Tahun 2019, aku rasa macam pada penghujung tahun mungkin aku baru dapat kesedaran. Tak tahu laa sepanjang 2019 tu apa yang aku buat. Hmmmm sejujurnya, aku rasa 2018 aku lebih baik berbanding 2019 tapi syukur kesedaran tu ada pada penghujung tahun 2019. Jadi, dapatlah aku berfikir azam 2020 ni. 

Nak cerita tentang azam aku 2020 ni aku rasa aku kena rahsiakan sebab perkara peribadi aku. Ada benda yang aku boleh nak kongsi tapi ada benda yang perlu dirahsiakan. Jadi, aku berdoa jaa laa secara umum untuk semua.

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2019. Yang mana baik kita teruskan, yang mana tidak kita jadikan sempadan dan pengajaran. Moga-moga kita menjadi lebih baik pada tahun akan datang. Keduanya, saya berdoa buat anda semua dan saya agar tahun 2020 ni kita sama-sama perbaiki diri sama ada untuk kehidupan, akhirat, pendidikan, kerjaya, akhlak antara manusia dan sebagainya. Moga tahun 2020 ini menjadi tahun yang bermakna buat kita semua. Lagi beberapa jam kita akan mula mencipta kenangan yang baru. Semoga kita mulakan tahun baru kita dengan permulaan yang baik dan berkesudahan dengan baik.

Di kesempatan ini juga, walaupun saya tak pasti orang akan membacanya atau tidak tapi bagi yang membaca, saya memohon maaf andai ada melakukan kesalahan sama ada saya sedar ataupun tidak sedar. Harap kita mulakan tahun 2020 ini dengan saling bermaafan agar kehidupan kita juga tenang. Saya doakan kita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan sama ada melibatkan orang lain atau dugaan terhadap diri kita sendiri.

Akhir kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2020 🎆

Saturday, December 14, 2019

Ulasan Buku: Arkitek Jalanan

Assalammualaikum 💓

Ulasan buku kalini berjudul Arkitek Jalanan yang merupakan hasil penulisan Teme Abdullah. Buku ini merupakan buku siri kedua dalam Siri Jalanan. Sebenarnya, idea untuk aku menaip pelbagai ulasan buku dalam blog aku ni bermula selepas aku baca buku Arkitek Jalanan tetapi untuk bertindak adil terhadap semua buku yang aku baca pada ketika itu jadi, aku mula membuat ulasan buku dengan buku-buku yang lain juga. Untuk pengetahuan, buku pertama yang aku buat ulasan dalam blog aku ialah buku Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstantinopel). Aku semak tarikh dalam bulan Mei aku ulas mengenai buku tu jadi, maksudnya dalam bulan Mei laa aku banyak membaca buku-buku lain yang aku ulas masatu juga. 



Buku Arkitek Jalanan ni pun sebenarnya aku dah baca dalam bulan Mei haritu tapi baru berkesempatan nak masukkan ulasan ni dalam blog harini. Walau bagaimanapun, sebenarnya aku dah buat satu ulasan mengenai buku ni dalam satu Microsoft Word dalam komputer riba untuk dihantar ke unit perpustakaan tempat aku belajar haritu. Jadi, aku salin semula laa ya 😉 Aku memang dah menaip sepenuh hati haritu, jangan risau hehehehe dan macam biasa SPOILER ALERT!!!! (ni betul-betul spoiler alert sebab asalnya kan nak hantar dekat unit perpustakaan)


Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tajuk Buku:
ARKITEK JALANAN
2.
Pengarang:
TEME ABDULLAH
3.
Tahun diterbitkan:

APRIL 2017
4.
Diterbitkan oleh:
IMAN PUBLICATION SDN BHD
5.
Sinopsis Buku Yang Dibaca:
Buku ini mengisahkan pengalaman penulis (Teme) semasa menuntut ilmu di sebuah universiti di luar negara dalam bidang Arkitek. Buku ini juga merupakan sambungan penceritaan daripada buku Pelukis Jalanan.
Jika buku Penulis Jalanan mengisahkan pengalaman Teme semasa melanjutkan pengajian pada tahun pertama di universiti berkenaan. Arkitek Jalanan pula mengisahkan pengalaman Teme dan rakannya, Ahmad pada tahun akhir pengajian.

Teme berazam untuk mendapatkan Ijazah Kelas Pertama manakala Ahmad lebih berkeinginan untuk bekerja di luar negara. Impian yang ingin dicapai tidak semudah kata-kata yang disampaikan. Tanpa usaha, tidak akan terhasil sebuah kejayaan. Begitulah yang diceritakan dalam buku ini. Ahmad, seorang yang kurang berkeyakinan apabila melibatkan tugasan hasil lukisan tangan namun, Teme banyak mendorongnya dan meyakinkannya bahawa dia mampu untuk melakukannya. Ahmad juga pernah menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan pengajian di situ. Teme, sebagai seorang sahabat sentiasa memberikan nasihat kepada Ahmad kerana dirinya sendiri pernah melakukan kesilapan itu sebelum menuntut pengajian di luar negara.

Tugasan demi tugasan akhir banyak yang dilakukan oleh mereka. Mereka berusaha untuk mendapatkan markah terbaik agar layak mendapat Ijazah Kelas Pertama. Namun, terdapat satu tugasan Teme yang markahnya di luar jangkaan beliau. Ahmad pula berperanan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada Teme.

Terdapat satu peristiwa pula, Teme mengorbankan masa cuti beliau untuk menyiapkan projek akhir semester akhir beliau. Pada ketika tugasan itu hampir siap keseluruhannya dan tempoh percutian yang tinggal sedikit, ujian menimpa Teme apabila komputer riba yang mengandungi segala maklumat projek dan tugasan akhirnya rosak kerana Teme terpijaknya. Ahmad yang baru pulang daripada percutian melihat dugaan yang menimpa Teme, Ahmad cuba memberikan sokongan kepada Teme agar beliau tidak berputus asa dan terus mencari jalan. Berbaki masa yang suntuk, Teme tekad untuk menyiapkan projek akhirnya menggunakan tangan. Beliau membeli kertas A0 untuk melakar projek beliau. Usaha Teme dipuji oleh pensyarah yang menilainya.

Pada penghujung pernceritaan, Teme memberitahu keputusan pengajian akhir mereka. Ahmad berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama namun sekali lagi, Teme kecewa kerana beliau tidak berjaya mendapatkan keputusan seperti yang diharapkannya. Beliau menyalahkan dirinya yang membuang masa ketika itu kerana di samping melaksanakan projek akhir beliau juga menulis sebuah buku yang berjudul ‘Pelukis Jalanan’. Beliau membuang manuskrip buku tersebut ke dalam tong sampah. Namun, Ahmad terjumpa manuskrip itu dan bertanyakan kepada Teme kekecewaan yang dihadapinya. Ahmad menekankan kepada Teme bahawa keputusan akhir pengajian mereka bukan segalanya kerana sebenarnya banyak lagi kejayaan yang telah Teme kecapi dan sekiranya Teme tetap berkeras untuk tidak mahu meneruskan menulis buku itu maka, Ahmad akan membuang kembali manuskrip tersebut. Setelah berfikir lama, Teme berjumpa Ahmad semula dan mengubah fikiran untuk menyambung menulis buku ‘Pelukis Jalanan’.

Para pelajar kelas Teme berpeluang untuk ditemu duga dan menempatkan diri untuk bekerja di negara tersebut. Teme dan Ahmad bersiap dengan temu duga tersebut. Sebelum berakhirnya pengajian mereka di sana, terdapat satu pameran diadakan di universiti berkenaan yang memaparkan tugasan-tugasan pelajar tahun akhir yang cemerlang. Teme amat terkejut apabila penulisannya terpilih untuk dipamerkan kerana penulisan beliau itu pernah mendapat gred C pada peringkat awal. Oleh kerana gred yang rendah itu, Teme berusaha keras untuk memperbaiki penulisannya. Teme sememangnya berhasrat agar penulisannya dipamerkan kerana jarang sekali pelajar dari negaranya dapat melakukannya. Dalam penulisan itu juga Teme menyelit nilai-nilai Islam agar diketahui oleh masyarakat luar. Semasa Teme dan Ahmad sibuk memerhati di sekeliling pameran, pensyarah mereka berjumpa mereka dan mengucapkan tahniah kepada Teme. Beliau meminta Teme membuka emel yang telah dihantar kepadanya. Ternyata Teme telah berjaya untuk bekerja di sebuah syarikat di negara tersebut.

Manusia merancang dan Tuhan yang menentukan. Itulah yang terjadi dalam kisah ini. Teme yang berhasrat untuk mendapat Kelas Ijazah Pertama sebaliknya menjadi milik Ahmad manakala, Ahmad yang berhasrat bekerja di luar negara sebaliknya menjadi milik Teme.


6.

Manfaat/
pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:
Terdapat banyak manfaat yang saya perolehi daripada buku ini. Antaranya, buku ini mengajar saya kepentingan bersahabat dengan seseorang yang ikhlas dengan kita. Seseorang yang boleh saling memberikan sokongan, dorongan dan motivasi. Kemudian, buku ini mengajar seseorang untuk tidak berputus asa dan terus berusaha untuk melakukan sesuatu dengan baik. Seterusnya, buku ini megajar kita agar meletakkan matlamat yang tinggi untuk mencapai sesuatu dan bagi mencapai matlamat itu kita perlu berusaha sebaiknya namun, apabila matlamat itu kita tidak berjaya capai, kita harus yakin bahawa ada hikmah di sebalik semuanya. Kita harus percaya kepada rezeki lain yang akan dikurniakan Tuhan. Pengalaman penulis menuntut ilmu di luar negara juga mengajar kita agar bersikap berdikari dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Kan aku dah kata 😂 Ni betul-betul spoiler. Ok jadi bagi sesiapa yang nak baca ulasan buku Siri Pertama Jalanan iaitu Pelukis Jalanan boleh klik sini ! Pelukis Jalanan aku tak spoiler sangat 😁 

Memandangkan aku ada banyak lipat helaian dekat buku Arkitek Jalanan yang mana petikan ayat yang menarik jadi, aku nak kongsikan beberapa petikan dekat sini.


Kalau kau putus asa dalam berusaha, sampai bila-bila kau takkan mahir. When you're about to give up to learn or master something, remember, everything that is now easy for you was once super tough in the beginning.

Betapa banyak perkara yang kita minta, tetapi kita gagal memperolehinya. Lalu kita sangka, Allah tidak hiraukan doa hamba-Nya. Kita mulai prejudis dan bersangka buruk ke atas inayat Tuhan. Walhal, Dia memakbulkan dengan cara yang terkadang kita tidak perasan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya, sedang kita tidak tahu. 

 Apakah sama tarafnya seorang yang berharta dan didermakan sebahagian jika dibandingkan dengan seorang miskin yang tidak punya apa-apa melainkan 2 keping syiling, lalu didermakan kesemuanya? Nilai sesuatu amal itu bukanlah pada kuantiti, tetapi pada kualiti sesuatu ibadah.

You're allowed to cry,
You're allowed to squeeze your head,
You're allowed to feel exhausted and rest for a while,
But don't stop. Don't give up. Keep moving...  

"Perkara yang pertama manusia perlu lakukan ialah berdamai dengan dirinya sendiri. Dia perlu terima hakikat yang dirinya mempunyai keburukan. Dirinya tidak selalu hebat. Barulah dia akan mula berdamai dengan orang sekelilingnya. Barulah dia boleh membawa mesej damai kepada dunia. Islam itu bermaksud damai. Bila kita dah berdamai dengan diri, kita akan berdamai dengan Tuhan.
Ada pendakwah yang kita lihat dia berperang, kita lihat dia luka berdarah. Tapi hakikatnya, hatinya damai. Ada pendakwah pula kita lihat tenang, jualan buku dakwahnya laris, dijemput ke san sini memberi ceramah. Tetapi jiwanya tidak tenteram. Dia bertarung dengan kerisaunya pada manusia.
Tiap-tiap hari dia buka Facebook, belek Twitter, baca e-mel dengan kerisauan, akan ada orang menentang dirinya. Dia risau orang mengumpat tentang dirinya. Dia risau orang tidak melihat dirinya sebagai orang yang baik. Orang seperti ini, dia belum lagi menjumpai damai. Lalu dia dedikasikan perjuangannya untuk menunjukkan dialah pendakwah sejati. Bukan nak tunjuk Islamlah agama yang sejati. Dia nak tunjuk dia tidak salah. Bukan nak tunjuk agama yang tidak salah."

"Teme, how do we produce great work?"
"Enjoy the process! Haha."

Itu sahaja yang aku nak berkongsi mengenai buku ni. Lebih banyak sikit dekat buku ni sebab aku memang sangat suka buku ni, secukup rasa! In Shaa Allah, lepasni aku kongsi ulasan buku yang lain pula. Assalammualaikum 😊 

Monday, December 9, 2019

Ulasan Buku: Pelukis Jalanan

Assalammualaikum 😎


Ulasan buku harini agak istimewa sebab dekat post sebelum siap ada cerita di sebalik lagi 😜 Hihihi
Judul buku ini ialah Pelukis Jalanan hasil karya Teme Abdullah. Kalau siapa yang baca buku dia tahu bahawa penulis tidak menunjukkan wajahnya kepada umum. Menurut penulis, tujuan beliau menulis adalah untuk menyampaikan sesuatu ilmu dan apa yang beliau rasa perlu untuk dikongsi. Beliau tidak mahu dikenali jadi, sebagai pembaca bukunya kita hormat keputusan beliau 😇

Pelukis Jalanan ialah buku pertama beliau yang aku baca dan aku terus tertarik untuk membaca lagi kesemua siri jalanan. Hehehehe
Buku ini berkisarkan perjalanan penulis ketika belajar di United Kingdom. Apa yang kita nampak tidak seindah apa yang dilalui oleh beliau. Kesilapan yang pernah beliau lakukan menuntut beliau untuk menebus kembali kesalahan tersebut. 

SPOILER ALERT !!!! (tahap teruja aku cerita boleh jadi aku cerita semua)

Penulis menceritakan perjalanan beliau berlajar di luar negara tanpa mendapat bantuan biasiswa kerana kesilapan yang beliau lakukan semasa menduduki peperiksaan A-Level. Penulis sebenarnya ditawarkan biasiswa menyambung pelajaran ke luar negara dengan syarat memperoleh 12 mata bagi peperiksaan A-Level. Suatu ketika, penulis berjaya memperoleh keuntungan yang lumayan dengan kerja sampingan yang beliau lakukan semasa persediaan menduduki peperiksaan itu. Penulis menjadi leka dan berfikir kemungkinan untuk beliau tidak mahu menyambung pelajaran. Walau bagaimanapun, dua bulan sebelum menduduki peperiksaan tersebut pelnulis sedar kepentingan beliau untuk terus menuntut ilmu. Penulis berusaha sedaya upaya untuk mengejar kembali apa yang beliau tinggal sepanjang leka menguruskan perniagaan. Namun demikian, keputusan tidak berpihak kepada beliau. (nak tahu berapa mata penulis dapat? baca buku! *cuba taknak spoiler semua padahal hampir semua dah 😅)

Berikutan itu, penulis berusaha mencari jalan untuk terus menyambung pelajaran namun universiti tempatan tidak menerima keputusan A-Level beliau. Jalan yang ada, penulis perlu terus menyambung pelajaran ke luar negara tanpa biasiswa. Hasil daripada perniagaan penulis sebelum ini, penulis menggunakan wang tersebut untuk menyambungkan pelajaran. 

Nak tahu cukup ke tidak wang tersebut semua boleh baca dengan lebih lanjut dekat buku tapi kalau korang jenis tak kisah spoiler aku boleh jaa ceritakan. Hahahahaha

Sepanjang penulis berada di luar negara, bermulalah segala cabaran yang perlu dihadapi penulis. Banyak perkara yang penulis perlu lakukan untuk menampung kehidupan penulis berada di sana. Kemudian, penulis menceritakan bagaimana perjalanannya semakin mudah apabila beliau menggunakan bakat yang dimiliki oleh beliau.

Ok dah cukup aku cerita. Aku harap aku tak spoiler banyak sangat 😅

Apa yang aku dapat sepanjang baca buku ni, terlalu banyak yang baru aku sedar. Contohnya, kita nampak seronok mereka yang belajar di luar negara ni. Hakikatnya, kita tak tahu apa kesulitan yang kadang mereka terpaksa hadapi terutamanya bagi mereka yang menanggung semuanya sendiri. Kemudian, dapat aku lihat betapa penulis menjaga kehidupan Islam itu di luar negara. Ohh yaa, dalam buku ni banyak ilmu atau pesanan dari ayat al-Quran juga. Penulis nasihat buat dirinya sambil kita berfikir bahawa nasihat itu juga buat kita sebenarnya. Aku sangat mencadangkan para pelajar untuk membaca buku ini. 

Buat penulis, terima kasih kerana menghasilkan karya ini di saat anda sedang bergelut ketika di tahun akhir. Sesungguhnya, cerita anda banyak menginspirasikan kami. Semoga anda terus berjaya di dunia dan akhirat 💖 Semoga anda terus mendapat ilham untuk terus berkarya bagi menyampaikan pesanan yang baik buat masyarakat. 

Saturday, December 7, 2019

Di Sebalik Pelukis Jalanan

Assalammualaikum 😊
Buku yang aku nak ulas ialah karya dari seseorang yang terkenal dalam kalangan anak muda 👏
Sejujurnya aku mengenali beliau dari Nani pada tahun 2017. Aku tak pernah kenal siapa dia sebelum ni. Masa dekat pesta buku, aku jalan dengan Nani masatu lepastu, dia bawa aku pergi dekat tempat buku Teme. Dia teruja laa juga beli. Aku tanya laa kenapa dengan buku ni? Sebab masatu tak sampai dekat pengetahuan aku lagi yang buku tu terkenal. Nani berfikir-fikir nak ambil yang mana. Aku pun cari tahu laa kenapa dengan buku tu. Uyoooo aku baru tahu betapa terkenalnya buku tu. Hahahahaha

Masa hari apa ntah tapi yang pasti sebelum hari kitaorang datang PBAKL2017 Teme tu ada buat M&G. Kalau aku tahu awal tu, mesti aku antara orang yang beratur dekat situ juga. Hahahahahaha syukur aku tahu lewat tidak, aku ni tindakan di luar jangkaan. Hahahahahaha 2017 saja aku berjaya jumpa 5 orang yang aku teringin nak jumpa. Hahahahahaha

Tapi, lepas daripada tu habis situ jee laa cuma aku mula ikut ig dengan twitter dia sebab lukisan dia cantik dan dia selalu rt orang yang quote penulisan dalam buku dia. Itupun, aku masih tak tergerak nak baca buku dia mungkin sebab buku yang aku beli pun tak terhabis baca lagi sehingga ke hari ini. Hahahaha ada laa juga aku tanya macam nak baca dari Nani tapi bila Nani kata tinggal kat rumah aku macam haa ok. Takda laa nak gigih pula cari.

Tiba-tiba, baru-baru ni ada satu posting dekat twitter dia muat naik dekat twitter video petik gitar lagu Can't Help Falling In Love With You. Aku nampak jee gambar gitar mula terus aku tekan play. Hahahahaha aku kan suka orang yang tahu main instrumen muzik ni. Hahahahaha baru laa aku tahu yang rupanya dia menyanyi juga. Hahahahahaha lepastu hari bila ntah ada pula dia muat naik video petik gitar lagu Sumpah. Aku dengar sampai habis!

Lepastu, sekarang bulan Ramadhan lepastu aku rasa macam tak nak laa buang masa walaupun hakikatnya banyak juga aku dah buang masa. Ntah macam mana aku boleh nekad nak beli semua buku Teme. Masa balik kampung, Achik ajak pergi Aeon. Aku ambil kesempatan tu masuk Popular dan cakap dalam hati "kalau ditakdirkan aku jumpa buku tu, aku nak beli semua". Tak tahu mana datang idea nak beli semua tu sekali gus yaa. Macam kena rasuk aku. Hahahahahaha tiba-tiba aku terjumpa salah satu buku Teme dekat ruangan pilihan pembaca kot. Lepastu, aku terjumpa lagi dan lagi buku dia. Kebetulan masatu, semua buku dia dapat diskaun 20%. Jadi, aku ambil empat buah buku dia. Hahahahahahaha aku tak sangka aku beli semua tu sekali gus. Hahahahhaahaha

Balik rumah buka hashtag buku-buku dia baru aku tahu rupanya ada lagi dua buku yang aku tak beli. Hahahahaha aku fikir aku dah beli semua rupanya ada lagi dua. Syukur aku tak jumpa masa aku ambil empat sekali haritu kalau tak, duit aku semua aku keluar sekaligus masatu. Hahahahahaha

Lepas aku dah baca Pelukis Jalanan, aku stalk ig dia nak tengok gambar-gambar lukisan dia sekali laa terbaca kapsyen dia. Menarik yaa penulisan kapsyen dia. Bukan macam aku, ntah apa-apa taip kapsyen kadang emoji jaa sebab taktahu nak taip apa. Hahahahaha lepastu, baru laa aku tahu yang dia ada buat macam misi harta karun iaitu dia letak secara rawak sticky note dan pembaca tinggal beli jee laa. Haaa mula laa aku teringin nak dapat sticky note tu sebab aku memang suka benda-benda manis giniii tapi malangnya lama dah yaa dia buat sticky note macam tu. Huhuhuhu

Memandangkan aku tak beli lagi dua buah buku dia maka, aku berharap dia buat macam tu lagi dan semoga aku insan yang terpilih mendapat sticky note itu. Hahahahaha tapi aku tak sabar nak baca lagi dua buah buku dia camna? Errrrrr -,- takpaa laa dah habis baca semua buku dia empat-empat tu baru aku fikir lain. Hahahahaha setakat ni baru habis baca dua buah. Dua buah tu nanti aku ulas. Hihihihi

Ok itu laa di sebalik aku dapatkan buku pelukis jalanan dan lain-lain sebenarnya. Hahahaha k Assalammualaikum 😇

Saturday, June 1, 2019

Ulasan Buku: Surat untuk Orang yang Putus Cinta

Assalammualaikum 😁
Buku pilihan aku harini ialah buku Surat untuk Orang yang Putus Cinta karya Adnin Roslan. Buku ni aku baca dalam minggu kedua Ramadhan tahun ni kalau tak silap. Konsep buku ni dia macam watak seseorang yang putus cinta sama ada diri itu hang rasa ialah hang atau hang boleh anggap orang lain yang sedang berkomunikasi dengan seseorang yang memberi hang surat setelah hang mengajukan soalan. Kadang, rasa cringe juga baca tapi bagus juga idea konsep macam ni.

#SuratXCinta


Sebenarnya, aku faham apa yang cuba disampaikan dalam buku ni ialah segala apa yang dalam surat-surat tu tapi untuk menarikkan buku ni penulis tambah elemen seperti engkau watak yang sedang meminta penjelasan itu. Lebih menarik, segala isi terdapat pengukuhan yang berlandaskan al-Quran dan hadis.

Sebenarnya, pada awal buku ni memang tumpuan nasihat diberikan kepada orang yang pernah bercinta tapi bila baca makin banyak helaian tumpuan mula teralih kepada bagaimana menjadi insan yang lebih baik. Jadi, kepada yang pernah bercinta, tengah bercinta atau tidak pernah bercinta boleh jaa nak baca. Kalau rasa diri tu masih asyik terpengaruh dengan benda maksiat, baca jee laa untuk elak kita terus buat maksiat. Sekurang-kurangnya, buku ni bagi kita kekuatan untuk tidak berbuat maksiat. Maksiat yang dimaksudkan kat sini ialah segala jenis lagha yee. Yee, aku pun kadang asyik lagha sebab tu kot aku pilih baca buku ni masa bulan Ramadhan. Kalau tak, banyak benda tak berfaedah aku buat contohnya, tidur sebab aku memang suka tidur. Hahahahahaha

Ini pendapat aku.
Sebenarnya, buku ni macam buku soalan dan dijawab dengan jawapan lepastu ada pengukuhan ayat daripada al-Quran dan Hadis. Boleh jaa buku ni nak diringkaskan tapi kalau aku baca buku ni jenis yang diringkaskan aku rasa aku cepat tidur. Hahahahaha
Bila buku ni dia buat macam satu jalan cerita, aku rasa benda ni berjaya menarik minat aku untuk terus membaca. Walaupun banyak diletakkan ayat al-Quran dan Hadis, aku masih teruskan pembacaan. Aku mengaku laa kalau ikutkan aku pun mengantuk bila asyik baca ayat al-Quran dan Hadis jaa sebab kadang akku tak faham. Dalam buku ni lagi, dia jelaskan maksud sesuatu ayat tu. Jadi, secara tak langsung aku berminat untuk ketahui lagi dan lagi.

Untuk pengetahuan, banyak kata-kata bermanfaat atau ingatan aku highlight dengan warna kuning dan untuk ayat al-Quran dan Hadis aku highlight dengan warna pink. Mana tahu suatu hari nanti aku perlukan jawapan-jawapan ni semua. Aku galakkan juga untuk orang lain buat benda yang sama dengan aku. Hehehehehe

Gigih yaa aku promosi buku ni. Hahahahaha
Aku bukan nak promosi sangat pun cuma aku rasa ada baiknya aku berkongsi apa yang baik dalam buku ni. Ada jaa bahagian yang mungkin ada rasa tak puas hati tapi kita doakan moga ada perubahan penulisan yang lebih baik. Apapun, segala ilmu yang baik-baik semua kita kena ambil.

Sekian saja ulasan buku kali ni.


Thursday, May 30, 2019

Ulasan Buku: Syahid Bintang Syurga

Bismillahhirahmannirahim 😊
Assalammualaikum semua ✋
Aku sebenarnya tak tahu nak cerita apa dekat blog sebab banyak dah cerita yang tertunggak dan setakat ni takda yang menarik rasa nak cerita. Hahahahaha tapi tiba-tiba lepas aku baca buku ada idea untuk meluahkan sesuatu. Kalau yang mana kenal aku, mereka akan tahu yang aku sangat obses dengan sesuatu benda lepas aku buat sesuatu. Bahasa mudah yang lainnya 'lambat move on'. Jadi, kalau aku nak cerita dekat Twitter, ntah kenapa aku rasa orang menyampah dekat aku. Kadang aku buat tak tahu jaa sebab tu hak menaip aku tapi kadang aku fikir laa juga untuk tidak menimbulkan isu pergaduhan kecil. Oleh itu, aku rasa baik aku luahkan ulasan buku ni dalam blog memandangkan aku pun lama tak kemas kini blog.



Jadi, buku petama yang bertuah aku pillih untuk diulas ialah buku Syahid Bintang Syurga karya Bazli Hazwan Che Osman. Pemilihan buku ni aku pilih berdasarkan buku yang aku rasa sesuai diulas dan ikut yang mana aku baca dulu lepas beli dekat pesta buku tahun lepas. Sebenarnya, buku ni aku baca tahun lepas tapi baru nak ulas harini. Hehehehe

Penulis buku ini ialah salah seorang daripada ahli kumpulan nasyid UNIC iaitu Bazli yang juga merupakan ayah kepada Syahid. Semasa adik Syahid ini dimasukkan ke hospital, dalam masa yang sama masatu kumpulan UNIC bertanding dalam satu pertandingan iaitu Gema Gegar Vaganza. Dalam buku ini ada menceritakan macam waktu diluangkan ketika itu. 

Aku cuba untuk tak spoiler tapi aku rasa aku akan terspoiler jadi, yang mana rasa tak suka benda yang spoiler disarankan baca sekerat jalan dan yang mana ok baca jee laa sampai habis. Ulasan buku ni atas luahan aku sepanjang aku baca buku tu bukan aku nak ulas macam soalan SPM. Suka hati aku ya nak cerita macam mana pun. Hahahahaha

Watak utama dalam buku ialah kedua ibu bapa Syahid dan adik Syahid sendiri. Buku ni berkenaan kisah benar seorang yang bernama Muhammad Syahid. Muhammad Syahid dilahirkan pada 27 Oktober 2013. Kenapa buku ini berkenaan anak kecil ini? Buku ini menceritakan perjuangan anak kecil ini melawan penyakit pada usia yang muda.

Pada bahagian pertama, buku ini menceritakan pertemuan ibu dan bapa Syahid diikuti bahagian ketiga menceritakan detik kelahiran Syahid. Pada bahagian seterusnya, bermula cerita berkenaan perjuangan Syahid dan detik-detik terindahdan pengorbanan ahli keluarganya bersamanya. Sehingga ke bahagian-bahagian akhir, buku ini menceritakan kesan daripada pemergian Syahid.

Apa yang menarik dalam buku ini mengikut pendapat aku ialah aku tahu macam mana pengorbanan ibu bapa ketika menjaga anak. Kemudian, aku baca macam mana anak kecil walaupun sakit tapi dia mampu untuk menghafal surah. Jiwanya yang sangat baik. Betapa aku terkesan bila anak kecil ini mampu berbuat demikian tapi aku tidak.

Saat paling sedih aku baca buku ni mestilah saat pemergian Syahid. Masatu, aku berfikir betapa tingginya kasih sayang seorang ibu dan bapa. Aku nak cerita lebih aku dah lupa beberapa jalan cerita tapi seingat aku memang aku menangis teruk juga laa. Aku emosi sangat. Di sebalik tangisan, aku berfikir sebabtu aku suka beli buku orang yang bercerita mengenai perjalanan hidup. Suatu kisah benar yang boleh dijadikan iktibar.

Akhir kalam, aku minta sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Syahid. Semoga adik tenang di sana 😔

Ulasan Buku: Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstantinopel)

Assalammualaikum ❤
Buku yang terpilih hari ni ialah sebuah karya daripada Abdul Latip Talib. Masa aku sekolah menengah memang agak terkenal buku-buku karya Abdul Latip talib. Banyak kawan sekolah menengah aku yang baca buku-buku karya beliau. Ada yang baca lebih daripada tiga buah karya buku beliau. Buku yang aku dah pernah baca hasil karya beliau seingat aku ialah Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan yang terbaru Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau terkenal dengan buku-buku mengenai tokoh-tokoh Islam.

Karya beliau kebanyakkan mudah difahami dan satu jalan cerita yang sangat menarik. Bila kau baca buku karya beliau rasa macam baca sebuah novel jaa. Takda rasa tekanan macam baca buku ilmiah untuk ambil periksa pun. Hahahahahaha

Bagus tau baca buku-buku tokoh Islam ni. Bila baca, baru kita sedar dan tahu macam mana perjuangan mereka. Kalau aku sendiri, jujurnya malas juga nak baca buku-buku tokoh macam tambah lagi kalau kena kaji sendiri lepastu ada ayat-ayat yang aku tak faham. Jadi, buku ni dah baik dah sebab susunan cerita dia macam hang baca sebuah novel tokoh jaa. Jadi, bacalah untuk tambah ilmu kta. Aku cakap untuk kau dan aku. Moga ini jadi penguat semangat aku untuk terus baca buku-buku yang bermanfaat.

Dah panjang berjela cerita tentang karya Abdul Latip Talib yang lain, ni baru nak ulas mengenai buku Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstantinopel) ni. Buku yang aku beli ni ialah buku edisi kedua. Aku tak pasti sama ada buku ni dah diringkaskan daripada yang asal atau pun tidak tapi aku rasa okay jaa. Buku yang aku beli ni ada info grafik yang memudahkan lagi untuk pembaca faham. Kalau ada periksa mengenai tokoh ni, boleh yaaa cari jawapan dekat info grafik tu dengan mudah.

Macam biasa, pada bahagian pengenalan cerita berkenaan kelahiran seoraang putera ini. Ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh memang bercita-cita untuk mendidik anaknya agar dapat menjadi seorang pemimpin yang terbaik laa senang cerita. Ayahandanya berharap anaknya mampu untuk menakluk Konstantinopel. Kepada siapa yang tahu cerita Konstantinopel ni tahu laa yang kota ni banyak percubaan telah dilakukan oleh tokoh terdahulu untuk menakluknya namun masih tak berjaya.

Berdasarkan buku ni, aku ada laa baca bahagian yang mengatakan dalam hadis yang suatu hari Konstantinopel ni akan berjaya ditakluk. Jadi, itu yang cuba direalisasikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Walaupun pada waktu usia kecil, beliau suka bermain namun, pada suatu hari apabila beliau dimarahi oleh gurunya maka beliau tekad ketika itu untuk menuntut ilmu di usia muda.

Cita-cita, semangat, perancangan Sultan Muhammad Al-Fateh semua boleh dijadikan inspirasi. Beliau menakluk Konstantinopel pada usia yang muda, Aku lupa umur berapa tapi dalam usia 20-an laa. Kemudian, dalam buku ni lagi menceritakan macam mana proses perancangan untuk menakluk Konstaninopel ni. Masa baca ni, sepanjang masa aku teruja dan aku rasa bijaknya Sultan Muhammad Al-Fateh.

Nak tahu lebih lanjut? *nada promosi lagi*
Bacalah buku Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku takut nak cerita lebih sebab takut tersalah fakta. Cepat juga laa aku lupa sedikit info. Apa yang aku yakin dan aku ingat itu saja aku cerita. Minta maaf tapi aku sangat takut sebab benda ni berkaitan fakta. Kalau ada salah maklumat yang aku tulis, mohon betulkan.

Sekian 😺

Friday, December 28, 2018

Kenapa Minat Bola Sepak ? (Bahagian 2)

Assalammualaikum

Ok untuk bahagian 2 ni aku senaraikanlah satu demi satu alasan. Hahahaha

1. Sebagai penyokong Malaysia
Pertama sekali, betullah sebagai penyokong macam yang dah cerita dekat bahagian 1 yang asalnya aku minat nak sokong sukan Malaysia. Kira bola sepak ni pun termasuk sekali cuma tumpuan jadi terarah sebab kalau sukan bola sepak ni bila ada pertandingan khas sukan bola sepak mesti semua akan beri tumpuan. Hal ini berbeza dengan sukan lain bila ada pertandingan khas orang jarang bagi tumpuan kecuali bila dah masuk peringkat akhir itupun kalau perasan kalau tak juga orang perasan bila ehh dah juara rupanya. Haaa begitulah. Aku pun macam tu juga kadang tapi yang menariknya maklumat sampai cepat bila buka Twitter. Hehehe

2. Mestilah sebab pemain !
Okay masuk yang kedua jujurlah memang sebab tengok pemain juga. Tipulah kalau cakap tak pandang langsung dah nama pun aku perempuan. Boleh dikatakan setiap batch mesti seorang yang akan jadi tumpuan aku. Hahahahaha

Ni aku nak senaraikan.

Mula sekali minat Khairul Fahmi. Biarpun ramai yang menentang cakap "weyh, dia tak hensem." Hahahahaha aku minat sebab masatu dia perform gila. Rupa dia bagi aku masatu ada laa sikit. Sekarang dia dah kahwin dan dah ada anak 3 orang. Hahahahaha sekarang jadi suka tengok anak dia Kayla dengan bini dia Leuniey. Kayla comel sangat dan Leuniey memang cantik laaa walaupun tanpa make up. Selain daripada dulu teringin nak jumpa Khairul Fahmi, ada laa juga keinginan nak jumpa Kayla dengan Leuniey. Alhamdulillah impian aku tercapai tahun ni. Hahahahahaha tak pernah aku sangka yang aku akan dapat jumpa Kayla. Jumpa Apek mungkin laa sebab pergi  jaa laa stadium gituu. Yang lagi seronok, masa jumpa Kayla, dia peluk aku weyh dan sembang dengan aku. Terharu kitaaaa 😭 Hahahahaaha

Lepastu, minat pula Wan Zack Haikal. Bukti ini aku kenal pasti sebab pernah buat cover fb jersi number Wan Zack. Ouhhh yaa, masa 2012 juga masatu hampir laa nak jumpa tapi tak berjaya. Hahahahaha jumpa masatu orang berkait juga dengan dia tapi sekarang dah takda apa jadi, takyah laa ungkit. Masing-masing dah move on. Hahahahaha Wan Zack pun sekarang dah kahwin dan ada 2 orang anak dah.

Kemudiannya, haaa masani ramai juga yang turut sama meminati dia. Masa dia perform ni umur dia 17 tahun. Nazmi Faiz Mansor laaa. Hahahahahahaha dia pun sekarang dah kahwin. Hahahahaha cantik ok majis perkahwinan dia. Aku suka tema warna perkahwinan dia. Paling aku ingat gol dia yang cantik dari luar kotak penalti masa lawan Bahrain untuk Kelayakan Olimpik. Sebenarnya, selain daripada gol cantik tu aku ingat sebab Bahrain buat comeback lepastu dan kita kalah. Hahahahahahaha sadissss.

Ok ni yang terbaru, siapa lagi nama yang disebut-sebut oleh perempuan yang lain juga. Yee dia ahhh sapa lagi, Akhyar Rashid. Yang ni tak kahwin lagi dan dia sebaya. Yang ni, tak nak ulas panjang sebab tahun semasa. Hahahahaha
Ok lepasni, tunggu ahh tengok next batch. Hahahaha masalahnya yang lepasni dah jadi aku tua daripada depa. Hmmmm tak menarik. Lepasni, aku beri tumpuan untuk sokong jaa. Hahahahaha

3. Kesetiaan dan kepercayaan
Uishhh kemain tahu sebab kesetiaan dan kepercayaan. Hahahahaha
Seronok weyh perasaan tu. Perasaan menyokong dengan setianya dan menaruh kepercayaan yang tinggi dan akhirnya berjaya. Weyhhhh, perasaan ni susah aku nak ceritakan. Dia rasa dalam dalam hati. Hahahahaha dan memang boleh mengalir air mata weyh. Hahahaha
Nak pula kita semua tahu bola sepak Malaysia ada masa turun naik dia. Menjadi orang yang setia juga harus menjadi orang yang yakin dan percaya bahawa kita mampu pergi jauh. Susah weyh sebenarnya tambah kalau baca komen-komen negatif orang uishhh kadang tu rasa macam salah ke aku sokong. Tapi, tetaplah sokong juga dan bila menang tu rasa macam bukan setakat kejayaan pemain tapi juga kejayaan buat penyokong sebab nak back up. Hahahahahaha

4. Ultras



Selain 11 orang yang bermain atas padang, pemain ke-12 ini juga menjadi sebab kenapa aku minat bola sepak. Kalau sukan lain, korang nampak orang sokong dengan beri tepukan dan menjerit kadang-kadang macam tu kan. Yang menariknya, bola sepak ni bila ada ultras. Datang stadium dan tengok macam mana berkesannya peranan diaorang nii. Auchhh paling aku terharu sampai nak mengalir air mata aku masa dekat stadium baru-baru ni final lawan Vietnam. Masatu, Malaysia ketinggalan 2-0. Lepastu, ultras nyanyi lagu Inilah Barisan Kita dan diikuti semua orang dalam stadium. Corak permainan Malaysia terus bersemangat masatu dan tak lama lepastu berjaya dapat satu gol. Aku sebagai seorang perempuan yang sememangnya berhati lembut terharu ok masatu. Hahahahahaha

Lagi satu, tapi yang ni cerita sedih sikit laa. Masa final Sukan SEA 2017, lawan dekat SNBJ ok tapi tanpa ultras sebab masatu masalah dengan pengurusan tiket final. Sedih weyh aku tengok perlawanan sepanjang 90 minit masatu. Rasa kosong masatu sebab perlawanan sebelum-sebelum tu dah biasa kan dengar chant tiba-tiba masa final tu senyap jaa. Lepastu, kalah pula dengan gol sendiri masatu. Ahhhh sedihnya. Hahahaha Nak comeback pun macam susahlah sebab takda aura nak bangkitkan semangat sebagai antara faktor lain selain fizikal dan mental pemain. Sedih tak boleh bawa bincang aku masatu. Hahahahahaha


5. Unsur Dramatik

Sebagai seseorang yang memang kadang suka berfikir nak buat drama atau filem tapi tak kesampaian hahahahaha maka, diri ini sangatlah menggemari unsur dramatik. Hahahaha
Sukan lain pun ada dramatik dia tapi dramatik bola ni boleh jadi banyak faktor dan memang menariklah. Menyesal dulu cakap dekat ayah kata tengok keputusan saja sudah. Hahahahaha tak menarik weyh kalau setakat tengok keputusan. 90 minit bola sepak tersangatlah berharga dan macam-macam boleh jadi. Lepastu, kadang tambah faktor pengadilan pula. Selain cerita 90 minit, kadang sepanjang kempen perlawanan pun kira menjadi unsur dramatik. Hahahahaha
Contoh perlawanan yang aku tengok (aku) yang dramatik, Kelayakan Olimpik 2012 masa lawan Bahrain macam aku cerita yang gol Nazmi tu. Gol dah laa cantik lepastu Malaysia dah gol 2 tiba-tiba, Bahrain comeback. Sedih aku masatu. Baru-baru ni, perlawanan separuh akhir AFF menentang Thailand. Unsur dramatik masa lawan Thai ni memang menusuk kalbu ahhh tambah kalau engkau yang pergi awayday masatu. Aku ikut weyh perkembangan diaorang yang awayday naik kereta, bas, kereta api, kapal terbang dan segala pengangkutan lah. Bukan senang weyh tengok diaorang nak pergi. Tambah yang naik bas tu aku paling terharu, berhari weyh dengan ada yang masalah tayar dan akhirnya semua selamat tiba dekat Stadium Rajamangala. Masa perlawanan pula, berdebar weyh 2 kali kena kejar Thai cari gol. Lepastu, betul-betul minit akhir Thai dapat sepakan penalti. Nak gugur jantung weyhhhh. Hahahahaha aku tak tahu laa masatu apa dalam fikiran diaorang yang tengah awayday tu. Lebih menarik cerita perlawanan ini sebab penjaga gol Thailand pernah cakap yang kita akan mimpi ngeri. Lepastu, bola sepakan penalti yang diambil oleh Adisak melambung tinggi. Aku menjerit weyhhh masatu dekat rumah. Buat pertama kalinya, aku terjerit kuat tengok sukan yang Malaysia sedang main. Sebelum ni, aku banyak jerit dalam hati jaa tambah bila ada ibu dengan ayah tengok sekali. Tapi, masatu memang perasaan yang wowwww sangat dramatik. Hahahahahahahahaha


Lagi satu, ni memang perlawanan paling dramatik dan cukup segala rencah rasa iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu dan Perak. Masa perlawanan ni aku tengok bermula minit ke-90 sebab sebelum tu aku study nak exam. Aiceyhhhh hahahahaha sebab takda pasukan aku kan jadi, tak laa tengok sangat cuma aku tengok update berapa gol masatu. Minit ke-90 tu aku dah berhenti study sebab nak tengok debaran dia. Weyhh tak sia-sia aku tengok sebab memang gempak gila perlawanan tu. Hahahahahaha betul-betul minit akhir duhhhh Perak samakan gol. Masa penalti pula, gempak duhhh penjaga gol Perak berjaya selamatkan 2 gol. Ahhh tolonglah gempak gila perlawanan malam tu. Bertuah Terengganu Perak masatu tapi lagi bertuah Perak laaa. Kawan-kawan aku yang sokong Terengganu ramai yee tak boleh move on masatu. Hahahhahaha tabah laa korang.


6. Suasana Stadium

Soal stadium ni, aku sendiri tak faham dengan diri aku. Hahahahaha
Aku tahu susah payah nak datang stadium ni bukannnya senang dengan jammed nya, lepastu ramai lelaki. Kali pertama, kedua, ketiga aku pergi pun macam-macam masalah kena hadap tapi tetaplah aku nak juga pergi. Syukur dulu teringin nak pergi stadium tengok konsert kpop tapi, perasaan tu dah hilang macam tu jaa sebab nak fokus dekat minat lain. Hahahahaha
Perasaan nak datang stadium dari tahun 2010 tak pernah hilang walaupun sampai dah berjaya jejak pun masih ada perasaan tu. Hahahahahaha nasib baik perasaan nak pergi konsert kpop dah hilang. Salah satunya sebab tak mampu nak beli tiket konsert kpop. Hahahahaha tapi kalau Big Bang akan dipertimbangkan di kemudian hari. Hahahahahaha
Walaupun, sebenarnya tengok dekat tv lebih selesa dan mudah tapi pergi ke stadium ni ada manisnya yang tersendiri walaupun antara kesulitan aku haritu; jammed, asap rokok, sekumpulan rakan-rakan yang kurang behave ketika melihat perlawanan dan sebagainyalah. Tapi, perasaan semua tu hilang jaa bila beri tumpuan tengok game sambil nyanyi pelbagai lagu ultras tu aku suka. Hahahahaha 

Ok setakat ni aku boleh berfikir inilah antara sebab kenapa aku minat bola sepak tapi aku minat sekadar peringkat tempatan. Masih lagi tak sampai ke luar negara sebab alasan aku yang pertama pun sebab sokong Malaysia. Asalnya, bermula dengan sokong Malaysia. Kalau aku takda sapa nak sokong, dia jadi macam tak berapa nak minat tapi bolehlah tengok cuma dia tak sampai tahap obses. Hahahahaha

Ok sekian itu sahaja. 
Assalammualaikum

Kredit: Gambar sumber daripada Google dan FAM, Video dari Twitter lepas screen record tu ada nama tuannya dan juga gambar sendirian berhad.